Breaking

Sunday, May 05, 2013

Nukilan Kenit Buat Yang Akan Mengundi.

Assalamualaikum!~

Makin berdebar2 plak rasanya nak menunggu hari Ahad ni kan? Walaupun Kenit dah selesai mengundi, tapi perasaan teruja & nerves tu masih bersarang di hati ini hehehe.

Inilah kali pertama dalam hidup, Kenit merasakan semangat membara tatkala menjelang pilihanraya. Sebelum ni, Kenit tak heran langsung pasal pilihanraya. Terpulang kepada mak abah Kenit nak undi siapa. 

Kenit tak amik tahu....Kenit tak pernah diajak untuk amik tahu.

Dulu, kebanyakan info datang dari media elektronik (televisyen & radio) dan suratkhabar. Selain dari itu....tiada sumber lain. Maka, sumber pengetahuan Kenit amatlah terhad...mendengar dari sebelah pihak sahaja. 

No questions asked.....No WHY, No HOW.

Dan, acapkali pillihanraya Kenit hanya berpihak pada satu sahaja...tidak pernah Kenit persoal WHY @ WHY NOT?. Kerana pada masa itu, Kenit merasakan mereka pelindung paling sempurna buat Kenit dan keluarga. And i was wrong...kerana sebaik2 pelindung kepada manusia adalah Allah s.w.t. Dan, dari situ Kenit mula sedar.....

Maha Benar firman Allah yang bermaksud:

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”
 (QS Ali Imran: 173-174)

Mungkin anjakan usia Kenit yang semakin hari semakin bertambah, mencetuskan cetusan dalam hati ini untuk kembali kepada fikrah asal..'meluruskan' hati yang selama ini 'bengkok'.

Satu situasi yang agak ironi dalam masyarakat kita, apabila para ustaz & ulama bercakap tentang agama maka sokongan padu diberikan kepada mereka. Namun, bila ustaz2 ini bercakap dan menegur soal kepincangan yang berlaku dalam bab2 ekonomi & sosial, pandangan mereka seolah2 tidak laku di mata kita. Dipandang sepi....malah dicemuh pula mereka.

Adakah ilmu yang mereka miliki hanya boleh digunakan dalam konteks keagamaan sahaja? Bukankah kita diajar bahawa Islam itu syumul? Bahawa Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan dan cabang ilmu yang sangat meluas baik dari segi ekonomi (jual beli), sosial & peradaban, kemasyarakatan dan sebagainya? Ya...kita memperakuinya, tapi kita menafikan haknya...

And, i asked WHY....?? Jika kita benar2 mengiktiraf ketinggian ilmu dan menghormati keperibadian mereka yang zuhud, mengapa kita tidak boleh bersama2 mereka, berada dalam kelompok yg sama untuk menentang kepincangan tersebut?

Adakah gelaran yang mereka pegang itu hanya sesuai diletakkan di masjid-masjid sahaja? ketika Solat Jumaat? ketika tahlil & kenduri doa selamat? ketika memandikan & menyembahyangkan jenazah? ketika memberi tazkirah dan kuliah? ketika mengakadkan pernikahan & membatalkan nikah?

Kita telah lama mengiktiraf para ustaz & para ulama sebagai pewaris Nabi, jadi mengapa kita terus menerus 'berpaling' dari mereka? 

Kenit always wonder....WHY..WHY...WHY can't we be with them in other aspects? Adakah mereka tidak layak dari segi persijilan dan sebagainya? Adakah ini bermakna ilmu agama itu jauh lebih rendah tarafnya dari ilmu ekonomi, sains dan sosial?

Allahurobbi....

Nukilan ini bukanlah berbentuk hasutan @ cemuhan kepada mana individu atau kumpulan. Ini sekadar coretan pengalaman diri yang kenit ini. Selebihnya anda yang perlu membuat pilihan. Sesungguhnya, dalam apa jua aspek kehidupan ini, kita perlu merujuk kepada para ustaz & ulama kerana hidup mereka telah mereka infakkan demi memandu kita...orang2 yang masih 'kekurangan' ini agar tidak 'tergelincir' dari matlamat asal kita...syurga Allah.

Jangan kerana teguran mereka terhadap kepincangan kita, maka kita palingkan muka dari mereka & menidakkan kesalahan kita. Dan, menambah dosa dengan mencemuh pula niat baik mereka. Nauzubillah!

Bagi yang mengundi, Kenit ucapkan selamat mengundi pada 5hb Mei ini. Bagi yang beragama Islam bacalah doa atau bismillah sebelum memangkah calon anda. Di bawah, Kenit lampirkan doa menghadapi Pilihanraya supaya hati anda lebih tenang. Bagi yang non-muslim, berfikirlah secara rasional & waras.



sumber: fb

Kenit juga ingin menyelitkan suatu video yang amat menyayat hati bagi yang melihatnya. Malah digalakkan untuk menontonnya. Bukan video lucah ye hehe. Boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Hatta, lepas anda tengok video ni dan masih anda tidak bersetuju dengan fakta yg diberikan....tidak mengapa. Tapi tontonlah sehingga habis.



SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA
SELAMAT MENGUNDI (^_^)

3 comments:

  1. assalamualaikum kenit. terima kasih untuk info.sekurang2nya rasa kesedaran. jgn hanya mencari kebahagiaan dunia sematanya. akhirat juga penting. semoga kita berada dalam jalan yg diredhai-Nya. insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila, terima kasih kerana meluangkan masa baca nukilan ikhlas Kenit. Semoga undi kita mendapat redha Allah dan bukan murka Allah..insyaAllah.

      Delete
  2. salam,
    dah undi ea...
    saya baru nak undi besok...
    stuju ngan statement kat atas..Ustaz atau ulamak tidak terbatas hanya pada agama sahaja tetapi meliputi semuanya. itu adalah ulamak yang peling hebat. kita boleh lihat pada zaman dahulu ulama pada dauhulu seperti ibnu sina sebagai tokoh psikologi dan ramai lagi tokoh saintis Islam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.