Breaking

Wednesday, June 19, 2013

UPDATE : Briged Al-Qassam Tentera Malaikat


Assalamualaikum!

Seriously, memang teruja melihat gambar pejuang-pejuang berani ini walaupun dalam paper jer. Bertuah sungguh wartawan2 yang dapat menemui 'face to face' dengan komando Palestin yang juga digelar 'Tentera Malaikat' ini. 


sumber :hm

Ya Allah, disaat aku sedang menaip ni ingin saja aku jadi sebahagian dari 'team' diaorg menentang Zionis laknatullah. Bersemangat untuk berjihad bersama walaupun senjata yang diaorg guna tu 'old fashion' sedangkan pihak musuh cukup sumer bekalan senjata. Sesungguhnya, yang menentukan menang dan kalah itu hanyalah Allah s.w.t tul dak? Kalu musuh guna senjata secanggih bazooka, tapi kalu Allah takdirkan mereka kecundang maka mereka tetap akan kalah.   

Aku ader godek2 sikit pasal Briged Al-Qassam ni, dan sebagai sahabat & orang Islam, kiter perlu tahu siapa sebenarnya pejuang-pejuang Islam yang sangat bertuah ini. 

Nak tahu? Jom kiter terjah info:





Fakta menarik tentang Briged Al-Qassam:


  • Merupakan barisan pejuang bergelar Komando Qassam atau Briged Ezzedeen Al-Qassam yang amat digeruni oleh tentera rejim Zionis.
  • Nama Al-Qassam diambil sempena nama pejuang Sheikh Izzuddin al-Qassam yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya'bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
  • Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggungjawab mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh Zionis Laknatullah.
  • Pada peringkat awalnya, mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini, tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli batalion terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda terpelajar  antara 18-30 tahun dan ulama.
  •  Sejak intifada al-Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kirra 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin. Briged al-Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
  • Sepanjang 8 hari tempoh serangan, al-Qassam berjaya menmbak sebuah helikopter Apache milik Israel pada 18 November lalu di wilayah Beit Hanun, Gaza Utara.

Syarat utama pemilihan menjadi ahli Briged al-Qassam:
  1. Wajib solat berjemaah
  2. Mempunyai skuad wanita
  3. Wajib pelajari tafsir al-Quran
  4. Wajib baca al-Quran sehari sejuzuk
  5. Wajib menghafal 40 hadis Arbain
  6. Amalkan puasa sunat dan bertahajud
  7. Mencintai dan bersedia untuk syahid
  8. Berdisplin dan mentaati kempimpinan
Briged al-Qassam ini sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat Israel. 

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al-Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana menreka biasanya mengisytiharkan diri mereka sebagai al-Qassam secara terbuka.


Siapakah gerangan Syeikh Izzuddin Al-Qassam?







  • Nama penuh beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan di Jibillah, Syria pada tahun 1882. Beliau merupakan seorang ulama' yang terkenal pada zaman itu.
  • Semasa penjajahan Perancis ke atas Syria, beliau telah menjual rumahnya untuk membeli 34 pucuk senjata bagi menentang penjajahan tersebut. Di bawah revolusi pimpinan Ibrahim Hanano, beliau dikhianati dan dijatuhkan hukuman mati oleh pihak Perancis. Beliau mempunyai dua pilihan, sama ada dihukum bunuh atau tunduk kepada Perancis.
  • Akhirnya, Syeikh Izzuddin Al-Qassam membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana beliau amat memahami rancangan jahat Yahudi yang dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland pada 29 hingga 31 Ogos tahun 1897. Selama tujuh tahun beliau melakukan pelbagai usaha termasuklah dengan mendekati masyarakat Palestin, menjadi guru, pembimbing rohani dan ketua pergerakan. Beliau mendapat tempat di hati penduduk Palestin.
  • Pada tanggal 20 November 1935, beliau menemui syahid dalam pertempuran mempertahankan Palestin. Senaskhah Al-Quran terselit kemas di poket baju tentera yang dipakainya. Nama syeikh Izzuddin diabadikan oleh HAMAS dengan menamakan sayap ketenteraannya serta senjata dan benderanya.
  • Syeikh Izzuddin Al-Qassam telah meninggalkan kita, namun semangatnya tidak pernah hilang dan terus segar dalam jiwa pemuda-pemuda pejuang Palestin! 


Kehebatan Al QassamLike ✔ Comment ✔ Tag ✔ Share
Posted by Ustaz Abdullah Khairi on 17hb Februari 2016




P/S: Semoga Allah redha dan memberi kekuatan kepada para pejuang Islam..aminnn~



info: akuislam.com & fb

2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.