Breaking

Saturday, July 20, 2013

Apa Parasit Boleh Lakukan Pada Anda.

Assalamualaikum!~

Selain penyakit berisiko tinggi seperti kanser, manusia juga terdedah dengan ancaman parasit tanpa disedari. 

Kebanyakan parasit masuk melalui rongga tubuh kita, dan ada juga yang melalui kulit! Punca utama dikesan adalah disebabkan tahap kebersihan yang sangat rendah memungkin parasit ini mudah masuk ke dalam tubuh kita.

Lihat apa yang parasit boleh lakukan pada anda....


The Human Bot-Fly - Lalat akan meninggalkan larvanya pada mana-mana bahagian anggota tubuh manusia tanpa disangka atau disedari.





Hookworm - Parasit berbahaya ini boleh ditemui dalam air tercemar dan ia tidak akan memberikan apa-apa simptom sehingga pada peringkat terakhir jangkitan. Cacing parasit ini akan melekat pada dinding usus dan mula menyedut darah yang boleh mengakibatkan anemia atau kekurangan protein pada mangsa.



Guinea worm - Manusia telah lama cuba untuk mengkaji dan mencari penyelesaian bagi masalah cacing parasit ini. Panjangnya boleh mencecah sehingga beberapa kaki! Cara terbaik mengeluarkan cacing parasit ini adalah dengan menarik perlahan-lahan dari anggota badan, melilitkannya pada ranting kecil  beberapa hari sehingga keseluruhan cacing itu keluar.



Sand fly - Penghisap darah ini adalah berlainan sekali dengan parasit lain kerana ia menyebabkan jangkitan teruk pada kawasan yang digigit yang dipanggil leishmaniasis.




Round worm - Sangat mudah ditemui dalam semua jenis persekitaran yang ada di dunia ini. Mereka mempunyai bentuk parasit yang pelbagai dan jika ia tidak dikeluarkan dari tubuh mangsa, pada peringkat cyptobiosis, cacing parasit ini akan berhibernasi.



Screw worm fly - Lalat ini akan memasuki tubuh mangsa dan meninggalkan larvanya. Ulat dari larva tadi akan mebesar dengan cepat dengan memakan daging mangsa dari dalam tubuh!



Chigoe flea - Parasit jenis ini akan bertindak masuk ke dalam kulit melalui tapak kaki manusia dan seterusnya bertelur dan sedikit demi sedikit akan memakan tisu kaki mangsa.



Ascaris - Cacing ini membesar dengan sangat cepat dan sangat panjang! Ia akan mengambil nutrien dari makanan anda. Ia boleh keluar dari salur najis anda seperti spaghetti yang sangat panjang.



Scabies - Parasit ini menembusi kulit dan menyebabkan iritasi atau radang yang teruk pada kulit.

Kesimpulannya, sentiasalah jaga kebersihan diri dan persekitaran. Pastikan air dan makanan kita adalah bersih dan bebas dari parasit terutama jenis cacing! 

P/S: Jangan pandang rendah pada benda sekecil (parasit) ini, tengok kesannya.......

8 comments:

  1. Hnghhhhhhhhhhh~~`


    i cant brain this!

    ReplyDelete
  2. Erkk... Gelinya... Mmg menggerunkn...

    ReplyDelete
  3. nak muntah aku tgk nie.arghh

    ReplyDelete
  4. bluwekkkk huwaaaa...ngerilah tengok foto2 tu..laju2 kak lea scroll ke bawah tau huwaaaa....

    ReplyDelete
  5. Eee..geli tngok..bahayanya..

    ReplyDelete
  6. mengerikan... yg cacing tu lagi ah... yg dalam mata tu eeeiii......

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.