Breaking

Friday, September 13, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Ketiga

Assalamualaikum!~

Satu hari suntuk kami berpeluang mengadap muka Dr. Azrul dan bertanya 1001 soalan. Dari pukul 8 pagi start sesi, kitaorg dah mula tanya soalan dah. Kesian Dr., sampai ke petang slaid dia tak bukak2 lagi hehehe. Asyik cakap, "ader soalan lagi?"..konpom la kena serbu sokmo!




Okla, kita start ngan poin penting. Apa yang kenit tulis dalam note inilah yang kenit share ngan korang. Harap ia dapat memberi manfaat dan menambah knowledge korang k.

Tongkat Ali & Kopi 'o'

  • Minum kopi 'o' di waktu pagi sangat bagus untuk mengelakkan dari terkena penyakit nyanyuk. Lagi galak ar Pak Jelan minum kopi 'o' pasni hehe.


  • Kita tak digalakkan minum minuman yang bercampur dengan tongkat Ali. Korang tau kan banyak minuman campuran tingkat Ali segera sekarang di pasaran. Sebenarnya, tak bagus untuk kesihatan ye. Menurut Dr. Azrul, kita tak tahu berapa peratus tongkat Ali yang diaorg (pengilang) masukkan dalam minuman tu. Dah tu, campur pulak ngan benda lain...maner nak mujarab!


  • Tongkat Ali ni biasa digunakan orang dulu2 dalam bidang perubatan je. Bukan macam sekarang ni, dijadikan sebagai minuman kesihatan dan dikomersialkan. Salah dah konsep tu! Dulu2, tongkat Ali tok bomoh/dukun yang pegang. Kalau ada orang sakit (sakit ape lupe dah) tok bomoh/dukun yang akan beri untuk diminum.


  • Tongkat Ali dihiris nipis2 --->  direneh dalam tempayan  --->  direbus sehingga tinggal semangkuk air. Pastu baru boleh minum. Nak minum pun ada caranya jugak. So, jangan suke suki je teguk air tongkat Ali segera tu ok.



Minum Air
  • Next, Dr. Azrul cakap kita perlu minum air masak/kosong untuk mengekalkan bendalir dalam tubuh badan. Persoalannya berapa banyak yang perlu kita minum sehari? Haaa part ni best sebab main ngan matematik hehehe. Jom kira!

25kg (berat badan) = 1 liter air (mineral/kosong/masak)

62kg (berat badan kenit)  = x liter?????


Haaa sangatla membanggakan berat badan kenit sudah turun 3 kilo selepas bulan Ramadhan hahaha. Okla tu sesuai ngan ketinggian 170cm kan. Tu pun, org dok gaduh kata kenit kurus lagi. Diaorg tak tau camner kenit bersusah payah setiap pagi nak adjust zip kain kurung ni haha. Cuma pipi gebu ni takleh nak kasi turun dah...keturunan kot hehe. 

So, korang bolehlah guna formula ni untuk tau berapa liter air yang perlu korang minum sehari untuk stabilkan bendalir dalam tubuh badan. Bukan main teguk je ye. Dan, ini untuk air kosong/masak/mineral bukan air adik manisssssss.

  • Tahukah anda, jika anda minum 4 LITER AIR MINERAL dalam masa 15 MINIT, anda akan mabuk? Tak percaya? sila buat eksperimen sendiri di rumah. Segala kemungkinan dan kecederaan sila tanggung sendiri ye hehe. Tapi, ini serius ye...dengan syarat dalam masa 15 minit.
  • Jika kita minum air terlalu banyak dalam masa yang singkat seperti di atas, Dr. Azrul cakap ia akan menyebabkan sel darah merah kita dilute (cair) dan 'pecah', maka sebab itu kita rasa pening dan mabuk. Silap2 ke hospital kita! Minum sikit sangat atau tak minum langsung pun tak boleh jugak kang kene dehidrasi plak. So, bersederhana je la yek.
  • Untuk lebihkan knowledge korang pasal ni, korang boleh gi SINI dan baca pasal Water Intoxication.

Air R.O (Reverse Osmosis)
  • Jika korang pernah minum atau ada yang masih amalkan minum air RO ni, sebaiknya hentikan. Air RO boleh menyumbang kepada KANSER. Tau kan air RO ni air yang macam maner? Kiter panggil air suling. 
  • Air suling atau air RO ni, biasanya layak diletak dalam air bateri kereta je. Bukan dalam tubuh badan kita. So, kalau korang nak minum air kosong, dapatkan air mineral atau air yang dimasak. Nak cam air tu air RO atau tak senang je, korang dah tau kan? Penutup botol hijau/biru itulah air mineral. Penutup putih tu la air suling atau air RO (Osmosis Berbalik).
  • Air yang kiter beli dari mesin air tepi pasaraya (yang masuk 20sen tu) adalah air RO. kebanyakan yang kenit jumpa air RO. Air RO ni adalah 'bersih' dari segi kandungan ion dan mineralnya. Sedangkan tubuh kita perlukan mineral tu untuk keseimbangan elektrolit dalam tubuh. 
  • Air suling atau RO boleh menyebabkan dilution dan 'pembersihan' mineral Na+,K+ and Mg2+ dalam tubuh. Kesan negatifnya, gangguan saraf, pengecutan otot dan jika serius boleh membawa kepada kematian mengejutSo, sebaiknya jangan minum la.
  • Air yang paling baik sekali untuk diminum, air terbaik di dunia adalah AIR ZAM ZAM (pH = 8).



Tidur & Dengkur
  • Masa tidur terbaik bagi individu berumur 18 tahun ke bawah = 7 jam, dan masa tidur terbaik bagi individu berumur 18 tahun ke atas = 5 jam.


  • Ada 4 tahap dengkuran:

  1. Tahap 1 - orang sebelah boleh tidur sekatil lagi ngan kita
  2. Tahap 2 - boleh tidur dalam bilik yang sama, tapi bukan atas katil yg sama
  3. Tahap 3 - tak boleh tidur langsung dalam bilik yang sama!
  4. Tahap 4 - jiran sebelah umah pun tak leh tido!

  • Kategori tahap 3 & tahap 4 ni, kena jumpa doktor la. So, pada yang pasangan suami isteri sila check tahap dengkuran pasangan anda hehe.

  • Cara atasi dengkur:
  1. Berat badan berlebihan - jika terlebih berat, turunkan.
  2. Tidur mengiring - sunnah Nabi ni kan, memang terbaik kalau kita praktikkan.
  3. Tidur 1 bantal - ada orang suka bantal tinggi, sampai bertingkek2 bantal dio hehe.

Puasa & Gastrik
  • FAKTA : Ubat kepada gastrik adalah BERPUASA. Opkos sebelum puasa korang kena sahur dulu, sunnah Nabi tu kan. Sebab itulah digalakkan bersahur. Dr. Azrul cerita pernah pesakit datang ke kliniknya pada bulan Syaaban semata2 untuk dapatkan surat doktor mengatakan dia tak boleh berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana gastrik. Salah ye. Untuk lebih info mengenai puasa & gastrik korang boleh check kat SINI.

  • Tabiat orang kita ni lepas bersahur terus tido! Tabiat buruk gitu boleh menyebabkan refluks asid. Mungkin lepas ni, kita kena hargai kata2 Rasulullah s.a.w iaitu "bersahurlah di akhir waktu tapi berbuka puasalah di awal waktunya" 

  • Bila kita berpuasa, otak akan lebih cerdik dan sel2 baru akan mudah terbentuk. FAKTA terbaru dalam dunia sains, saintis mendapat sebenarnya otak juga membina sel-selnya yang baru. Sebelum ni, kita dengar sel-sel badan lain je yang akan tumbuh baru, namun penemuan baru ini menyaksikan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Subhanallah!

Hah banyak dah ni! Jangan ada yg boring bace sudeh hehe. Next entri kenit share macam maner Dr. Azrul menguruskan badannya! Ahaaaaaa! jangan tak tau Dr. Azrul ni dulu beratnya 90kg! Cam tak percaya kalau ditengok pada susuk tubuh dan orangnya hahaha.

Dia bagi tips kat kitaorg camner nak kasi turun. Opkos bukan dengan cara senaman hehe. Nantikan sambungannya! Yeeehaaaaaa!

11 comments:

  1. beznye dpt dengar ceramah motivasi
    byk ilmu yg sis dpt
    alhamdulillah..dikongsi bersama dgn kami semua
    part pipi gebu tu..hehe..gelak yumida baca...pipi tu xmo slim nanti senang anak2 nak kiss..ala2 tilam dunlop gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ye tak ye jugak kan. Take it positively, gebus pun gebus la hehe :D

      Delete
  2. wah best...best.yelah air yang beli kat mesin tu RO.kalau tiba2 ada gangguan air kat rumah,kak lea terpaksa beli.kadang2 gi giant je cari air mineral botol besar,tu hah.wah banyak dah ilmu kak lea dapat berturut2 kat sini....sayang sis lah muah ^^

    ReplyDelete
  3. nak try r tip ni..minum air masak ikut berat badan

    ReplyDelete
  4. Gud sharing dear.. tak sabar nk tnggu part nk kuruskan badan tue..hehehe

    ReplyDelete
  5. benar2 berguna.. thanks sgt2 ilmu yg diberikn

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.