Breaking

Sunday, January 12, 2014

Hong Leong Bank Hina Pekerja Islam?


Assalamualaikum!

Semua Bank adalah penjaga dana awam dan perlu menjalankan perniagaannya dengan integriti, ianya bermaksud bertanggungjawab kepada semua pihak yang berkepentingan.

sumber :  fb NUBE

Hong Leong Bank, kini secara terbuka mengakui bahawa pihak bank memang telah menghalang pekerjanya yang beragama Islam untuk menunaikan Solat di tempat kerja (surau) di Kota Bharu dan Kuantan, dalam pembelaannya HLBB mendakwa ianya adalah disebabkan Surau tersebut terletak berhampiran bilik kebal bank. HLBB kini secara terbuka menyatakan bahawa pekerja Islamnya yang menggunakan Surau untuk menunaikan kewajipan agama tidak boleh dipercayai. Rujukan dibuat atas dasar polisi dalaman bank tersebut, dimana HLBB seterusnya menekankan bahawa dasar polisi Hong Leong Bank itu adalah untuk mendiskriminasi pekerja Islam.

NUBE sekali lagi menegaskan bahawa kesemua pekerja yang dihalang untuk menggunakan Surau di tempat kerja itu adalah kakitangan Hong Leong Bank pada ketika itu. Ini adalah satu fakta yang mudah untuk disahkan dan NUBE berdiri teguh dengan tuntutannya.

Di Kota Bharu, pekerja yang terlibat telah diarah untuk menandatangani kehadiran mereka. Bagaimana boleh bank kemudian mendakwa bahawa mereka bukan kakitangan Hong Leong Bank? Terdapat kes-kes di cawangan-cawangan yang lain di mana pekerja-pekerja lain yang terlibat tidak dibenarkan dari menandatangani kehadiran mereka.

Bank itu juga telah mendakwa tandas adalah kawasan larangan dalam Cawangan Melaka dan enggan membenarkan ahli-ahli yang dijadualkan berpindah itu untuk menggunakan tandas. Ini adalah penghinaan langsung terhadap integriti kepada mana-mana manusia.

Hong Leong Bank, dalam satu kenyataan media, telah mendakwa bahawa bank dan NUBE terikat dalam pertikaian perusahaan dan oleh itu dakwaan yang dibuat oleh NUBE perlu dilihat berpandukan isu tersebut. Jika itu adalah dakwaan bank, maka rakyat negara ini perlu memahami bahawa Hong Leong Bank adalah dengan menggunakan logiknya sendiri menyatakan secara terang-terangan bahawa bank telah menggunakan taktik yang tidak adil dan tidak beretika terhadap pekerjanya sendiri sebagai hasil daripada pertikaian perusahaan.

Hong Leong Bank perlu menghentikan semua bentuk perkauman, penghinaan agama dan pencabulan hak asasi manusia.

Menteri Kewangan harus melihat kezaliman Hong Leong Bank ini secara serius dan menghentikan semua eksploitasi dan diskriminasi terhadap pekerja Malaysia dari sebuah bank yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari Singapura.
 —  NUBE Malaysia.

Perbuatan yang zalim akan dibalas. Penindasan ke atas pekerja beragama Islam patut diambil serius oleh semua pihak terutama yang berkuasa di atasnya. 


11 comments:

  1. ish, kenapa melampau sangat buat begini, ini yang kita nak agungkan sangat bangsa lain, bila mereka pegang tampuk pemerintahan kita nanti, lagi teruk dari ini kita akan rasa.

    tempat mama ni,laungan azan tak boleh kuat-kuat tau, menganggu kaum lain nak tidur. sebab itu, bila subuh tak dengar langsung azan. sabar jer lah.... pelik mama, kenapa harus begini jadinya, tunduk dengan mereka! jelas-jelas menindas orang Islam.

    ReplyDelete
  2. Klu setiap org islam sedar.. tak perlulah simpan duit kat situ...

    ReplyDelete
  3. Maaf la yer.. Fiza pun bekerja dalam hong leong group.. rasanye perkara nie berlaku atas salah faham.. elok kiranya perkara ini disiasat sepenuhnya... setakat nie saya tak mendengar apa-apa isu yg digembar-gemburkan seperti di artikel kat atas...>_<

    ReplyDelete
  4. rasanya kes ni dlm FB je dok kecoh kot... huhu...

    ReplyDelete
  5. Eehhh....mcm sukar utk dpercayai....dalam dunia serba moden, tahap pelajaran mningkat, msih ada kes sebegini??? Apa nk dikata, semua pown boleh terjadi kan....

    Pss....salam perkenalan...diterjah dr blog pha is..berkenan dgn tjuk entry...

    ReplyDelete
  6. Sangat melampau dan perdana menteri perlu masuk campur dalam hal ini kalau tidak berpanjangan.

    ReplyDelete
  7. Sekat hak pekerja namanya ni. Memang patut bantah.

    ReplyDelete
  8. sangat melampau.Too racist.Mana hidup 1Malaysia.berbeza agama pun kena hormat agama kaum lain jugak.

    ReplyDelete
  9. akak tak der akaun kat HL bank dulu ada tapi dah langsai....tapi kalau ler begini jadinya amat memalukan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.