Breaking

Sunday, July 20, 2014

Pengalaman Beramal Bersama Titian Serasa Ramadhan Yeo's


Assalamualaikum!




Sebenarnya ini kali kedua aku join majlis bersama Yeo's selepas majlis INI. Cuma kali ini tema majlis berlainan iaitu berbentuk Day-Out Fasting Camp bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Alhamdulillah memang aku dah lama nantikan saat ini untuk mendekati anak-anak yatim dan membantu mereka sedaya yang aku mampu untuk menjadikan Syawal ini lebih ceria buat mereka.




Wefie dulu sementara tunggu nak register :)

Pagi 12hb Julai tu aku bertolak dari KL menuju ke SACC. Jangkaan aku tepat bila Federal memang tak jem, so dari rumah kul 8.00pg sampai SACC kul 8.25pagi. Laju babas Pak Jelan drive sebab aku kata registration kul 8.30pagi! hahaha :p

Aku join program Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeo's ini di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih Abg Ben sebab bagi aku peluang sebegini :). Alhamdulillah walaupun ini baru pertama kali aku join KBBA dan bertentang mata ngan member-member, tapi semuanya mesra alam je hehe. Tak la rasa canggung nak senyum dan borak-borak.


Lepas register masuk dewan .... wefie lagi hahaha :D




Sebelum program bermula, Ketua Pegawai Operasi Yeo's, En. Ong Chay Seng telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua peserta yang hadir. Kalau korang nak tahu, kem ini telah mendapat sokongan dari banyak pihak termasuklah Denaihati, UNISEL, IRM, Bela Miskin, PBSM, Chapter Klang, Kelabg Blogger Ben Ashaari, KeQing Fans Club, Fayse Fans Club, Heliza Fans Club dan Pertubuhan Nian Shao Qing KL.

Dan, yang paling menarik perhatianku ialah peserta non-muslim yang join Kem Ramadhan Yeo's 2014 ini juga turut berpuasa sepanjang hari tu sebagai tanda sokongan dan mengeratkan lagi perpaduan di kalangan peserta yang berbilang kaum.

Syabas semua! (^_^)




Sebelum kami meneruskan aktiviti, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti utama kami pada hari tu ialah melawat rumah anak-anak yatim terpilih sekitar Subang dan Klang.

Ketua kumpulan kitaorg, Sean Soon (dalam gambar atas) memberikan taklimat ringkas tentang tugas masing-masing sebelum kerja pembersihan bermula. Inilah first time aku jejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Sayu rasa .....


Bersama pengusaha rumah anak-anak yatim. Anak2 ni panggil beliau 'abah'.

Blogger Ben Ashaari turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak ini.


Dengan ketua kumpulan kitaorg, Sean. Tahan mamat ni puasa hahaha

Alhamdulillah banyak yang aku pelajari sepanjang aku berada di rumah anak-anak yatim tu. Memang sayu dan sedih tengok riak wajah anak-anak yatim tu. Yang paling kecil umur 6 tahun, namanya Syafiqa kalau tak silap aku. Hurmmm...tua setahun dari Mira.

Umur sekecil tu dah kena berdikari, aku terfikir kalau dia dicubit, diusik rakan lain adakah ada tempat dia mengadu dan pada siapa dia akan berlari peluk mengharapkan simpati dan perhatian? Hurmm....

Buat-buat anak-anak ibu, kalau satu hari korang terbaca entri ibu ni, hargailah kasih sayang ibu dan ayah. Korang beruntung masih dikurniakan ibu & ayah sehingga kini dan menyediakan segala keperluan korang ketika masih kecil. Ingat ye nak ..... doakan ibu & ayah.




Bergambar sebelum buka puasa.




Free pose. 

Agak-agakla MB punnnnnn lapo kedarah nau sampai nak ngap garfu tu wahaha :D



Wow! kami jadi model Yeo's hehe. 

Yang MB tak habis2 ngan garfu dia tu! Mat garfu sungguh dia ni :D




Me and Zira ... macam kakak dan adik kan wakakaka :P




Heliza turut ada pada malam tersebut menghiburkan para peserta.

Inilah Platoon C.
Havoc!! yeaaaaa :)





Inilah srikandi-srikandi C3. Muda-muda semuanya belaka termasuk la aku hehe :p.

Alhamdulillah rasa beruntung sangat dapat menyertai Kem Ramadhan Yeo's 2014. Bukan saja dapat mengenali rakan-rakan baru, mengeratkan sillaturrahim dan berkumpul bersama untuk membantu anak-anak yatim. 

Tapi, aku juga dapat menjadikan ini sebagai satu pengalaman berharga buat diriku yang akan dapat aku kongsikan dengan anak-anak aku. Moga mereka bila dah besar nanti akan turut dapat membantu golongan-golongan yang serba kekurangan.

Syabas dan tahniah kepada Yeo's kerana menganjurkan program amal seperti ini. Terima kasih kerana mengambil inisiatif ini untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di luar sana. Sekali gus, program seperti ini dapat membuka mata dan hati masyarakat tentang betapa perlunya kita membantu mereka supaya mereka juga dapat bergembira di hari raya.


Kenangan terindah,

Hanim 2014



8 comments:

  1. huyo meriahnya.. dah lama rasanya tak keluar bersocial dengan para blogger

    ReplyDelete
  2. Meriahnya event nie yer... Dapat beramal sama :)

    ReplyDelete
  3. wah.. menariknya program ni.. meriah betul...

    ReplyDelete
  4. seronok tengok dapat membantu anak yatim. :)

    ReplyDelete
  5. Seronok dapat kenal dengan kak hanim. You are so sweet! :)

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya anim.. bagus la program2 sebegini.. sekurang2 anak2 yatim rasa mereka dihargai.. =D

    ReplyDelete
  7. Kak Anim semakin aktif..baguslah join aktiviti ni..pengalaman best!

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.