Breaking

Monday, September 29, 2014

Cukup Pantang .....!



Assalamualaikum!


Aku bukanlah jenis yang cerewet tapi dalam bab-bab gini aku memang takleh bertolak ansur. Kalau gi kedai makan, tak kisah la hotel ke warung ke restoran ke, benda pertama aku yang akan periksa bila nak makan ialah pinggan mangkuk cawan dia!

Dulu aku tak tahu ... main guna je sebab masa tu takda ilmu .. cetek pengetahuan ... jahil .... jahiliyah! hehe. Sekarang dah tahu, so kena amik tahu dan buat!




Benda paling aku tak suka bila kat meja makan ialah bila orang merokok depan aku dan bila minum dari cawan yang pecah atau sumbing!

Pagi ni Pak Jelan terkena ngan aku. Aku cukup pantang kalau jumpa cawan sumbing gini ... memang sound direct kat situ jugak! Pak Jelan cakap dia tak perasan ... haihh ...




Jika cawan atau pinggan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.
Ini termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum, sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan beberapa bahaya:

Kotoran yang biasanya ada dipermukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan yang sumbing, lain halnya bahagian tepi cawan yang masih elok.
1.  Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
2. Kotoran dan seumpamanya biasa terkumpul di bahagian cawan yang pecah, kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang  masih elok.
3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak elok dan mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada baiknya.
4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.


Kan bahaya minum dari cawan yang pecah/sumbing ni. Apa hukumnya minum atau makan dari bekas yang pecah/sumbing?

Makruh.

Kalau makan kat warung-warung atau restoran, tolongla cakna pasal benda ni. Nampak kecil dan remeh tapi kalau dah Nabi larang tu, janganlah dibuat lagi.


10 comments:

  1. betul tu anim,akak pun cukup tak suka bila ada peniaga yang bagi gelas atau pinggan sompek nie..

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah alami situasi ne.... xpatutla peniaga bt mcm ne..

    ReplyDelete
  3. oo xpernah tahu pun sebelum ni. thnk u share :)

    http://janganignore.blogspot.com/2014/09/kebenaran-2-lelaki-melayu-mahukan.html

    ReplyDelete
  4. Yap btl tu kak klau lya pun x suka pakai brg2 yg dah pecah or sumbing mcm ni mgundang bahaya

    ReplyDelete
  5. Setuju! Ayuni pun cukup pantang dua perkara ini.

    ReplyDelete
  6. Memang elok sound direct je kat peniaga atau orang yang berkenaan, kan?... :)

    ReplyDelete
  7. nice sharing, oooo baru mamamyja tahu.

    ReplyDelete
  8. nampak kecil tapi setiap pesanan nabi tu pasti ada sebabnya. Thanx sharing dear :-)

    ReplyDelete
  9. Hali kenit. Samalah tashapon pantang org merokok time mkn.

    ReplyDelete
  10. tq kenit for sharing tak tau pun seblum ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.