Breaking

Tuesday, November 18, 2014

Pencarian Bintang Chichi&Chacha Akhirnya Terjawab!


Assalamualaikum!


Sabtu lepas aku berpeluang membawa anak-anak dan Pak Jelan menyaksikan Pencarian Bintang Chichi & Chacha Peringkat Akhir di Main Place, USJ 21 Subang Jaya. Sebenarnya hari Sabtu telah pun berlangsung Peringkat Cabaran Pencarian Bintang Chichi & Chacha ni, tapi disebabkan aku masih berada di Johor pada hari tu, maka aku pergi hari Ahadnya.




Ini merupakan kali pertama aku sampai di Main Place, USJ 21 ni. Banyak kali gak la nak musing cari tempatnya sampai tersesat tapi alhamdulillah akhirnya sampai jugak hehe. 




Sampai sampai je terus register kakak dan adik untuk coloring contest. Sambil menunggu event bermula kita bergambo dulu ye hehe.






Aktiviti pertama adalah coloring contest! Memang ramai kanak-kanak yang turut mengambil bahagian. Kakak dan adik pun tak nak lepaskan peluang mencuba skill mewarna masing-masing. 




Kakak dan adik kena kaler gambar Chichi dan Chacha. Ini kacang je ni ... hehe. Ibu berdiri tepi jadi pom pom girl. Ayah pulak jadi tukang perhati dan 'coach' kat adik haha. "Dik ... kaler tu kasi pekat sikit"

Wah... kemain 'coach' kita hehe :p

Peserta-peserta diberikan masa 30 minit untuk mewarnakan karakter Chichi & Chacha. Hadiah dia memang ohsem! Pemenang utama dapat bawa balik set alat tulis dan mewarna dari Faber Castle bernilai lebih RM500! 

Fuyyoooooo ...!






Cukup 30 minit semua lukisan dihantar semula untuk diberikan markah. Sementara menunggu pengumuman pemenang, ada persembahan istimewa dan 10 minit kemudian, keputusan pun diumumkan. 

Yang aku pulak lenguh nengok diaorg berdiri tak reti nak duduk, mula la mulut ni membebel suruh diaorg duduk balik kat kerusi tu. Tetiba pengacara tu sebut Hazwani ....

Hah? hah? Hazwani? anak aku ....! haha. Terpinga-pinga aku kat depan tu .... yang kakak selamba terus gi naik atas pentas tak sempat aku nak iring hahaha.





Rupanya kakak menang tempat ke -3 pertandingan mewarna tadi. Tanjat ibu kejap haha. 

Tahniah sayang ..! ^^




Seterusnya pertandingan akhir mencari bintang Chichi & Chacha pun bermula. Pada peringkat ini, seramai 10 orang peserta berjaya layak dan pada hari tersebut, mereka menunjukkan bakat terbaik masing-masing untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM1000! Wowww....!



Antara barisan para hakim yang akan mengadili peserta.






Ternyata mereka semua memang berbakat besar! Masing-masing menunjukkan skill menari, menyanyi dan bermain alat muzik. Memang terhibur dibuatnya ..! 




Sementara menunggu keputusan juri, pengacara Chichi&Chacha, Harris turut menyanyikan lagu tema Chichi&Chacha untuk menghiburkan penonton. Aku ingatkan sapa la tadi ... tengok dalam tv ngan in-person memang berbeza dia ni! hehe.






Keputusan telah pun dibuat dan tahniah pada dua orang peserta di atas ni! Yeaaaaa ....! Penyampaian hadiah disempurnakan sendiri oleh Pengurus Eksekutif Big Fish Media, Cik Jojo Struys. 

Setiap seorang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1000. Bukan itu sahaja, mereka berdua akan ditempatkan dalam Chichi&Chacha roadshow 2015 di mana mereka akan berpeluang berlatih menari bersama hos Chichi&Chacha, Sweet, Afiq, Farisha, Leenand dan Harris.

Ohsem kan! ^^

Tahniah sekali pada yang berjaya, dan syabas kepada semua peserta kerana mempamerkan persembahan yang terbaik pada hari itu. 




Kakak juga tidak pulang dengan tangan kosong. Sempat lagi kami tarik Chacha untuk bergambar bersama hehe. Tahniah sayang ...! ^^

Ibu pun tak pulang dengan tangan kosong tau .....



A photo posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Heeeeee .... selfie ngan Jojo Struys uolss! Dia duduk sebelah iolss masa ni. Terus ajak berselfie hehe. Cam adik beradik pun ade kan ... eye-bag tu sama je! haha.




Stok mewarna kakak sampai darjah 6 hehe. Terima kasih Faber Castle dan Chichi&Chacha! ^^

So, jangan lupa saksikan Chichi&Chacha di channel Astro Ceria & Astro Maya HD ye! ^^



10 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.