Breaking

Tuesday, April 28, 2015

Akta Jenayah Sihir Bakal Diperkenalkan Di Mahkamah?


Assalammualaikum!




Alhamdulillah ...

Dulu orang pandang 'ringan' benda ni. Tak kurang jugak yang tak berapa nak percaya. Walhal, ia memang dah lama wujud sejak dulu lagi. Dalam al-Quran pun dah disebut ...(Surah Al-Baqarah, ayat102-103)!

Sihir-menyihir .. dari bab meniaga sampai la ke rumahtangga! Tak puas hati ngan orang tu ...sihir! Tak puas hati orang ni meniaga untung lebih sikit ...sihir! Jeles ex-gf kahwin lelaki lain ...sihir! Seolah-olah hidup takda pedoman ..takleh terima ketentuan. Yang merana ...mangsa ... anak-anak!

Apa Itu Sihir Pemisah?


Sihir pemisah ini merupakan sihir yang seringkali  dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.  

Sihir ini juga dikenali sebagai Sihir “at-Tafriq”.  Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Namun, ia lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar hubungan kedua-duanya bermasalah dan akhirnya membawa kepada penceraian. Ibnu Kathir ada menjelaskan bahawa setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk samada dari rupa paras atau perilaku.

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi. Juga boleh dimasukkan ke dalam makanan yang mangsa terkadang-kala tidak menyedarinya.

Sebenarnya apa yang digunakan diatas hanyalah hiasan luar yang digunakan oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan-pelanggan mereka.  Pengamal sihir ini sebenarnya menggunakan jin-jin dalam simpanan atau belaan meraka sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir tersebut mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini menghantar jin-jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada pengamal sihir tersebut. Maka, jin-jin yang dihantar itu memasuki tubuh badan si mangsa dan mereka inilah yang melakukan kerosakan-kerosakan dalam badan manusia. Jin-jin tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal sihir tadi. - sumber : SINI

Antara simptom-simptom terkena sihir pemisah :
  • Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali
  • Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir
  • Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya
  • Timbul rasa cemburu yang melampau sehingga menyebabkan isteri rasa berang kerana mensyaki si suami telah menduakannya, padahal suami tidak berbuat yang sedemikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami ataupun tidur sebilik
  • Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan
  • Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena
  • Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal si suami tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.
Sumber : SINI


Nauzubillahiminzalik! Mintak dijauhkanla dari terjadi benda-benda ni dalam kehidupan kita semua. 

Selagi sifat iri hati, dengki dan dendam bersarang dalam hati, syaitan dan iblis akan pasti menggunakannya sebagai 'senjata' untuk menyesatkan dan memporak-porandakan hidup manusia! 

Walaupun ianya sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi kesannya terhadap akidah sangat membimbangkan! Apatah lagi jika ia berniat untuk menghancurkan hidup dan kebahagiaan orang lain. 

Jika panel jawatankuasa ini dapat memberikan mekanisma pembuktian sihir di mahkamah, JAKIM tiada masalah untuk membawa perkara ini ke peringkat tertinggi,” katanya. -MALAYSIANDIGEST

Moga usaha membawa Akta Jenayah Sihir ke dalam kanun undang-undang negara dipermudahkanNya....aaminn...



5 comments:

  1. Bagus juga ada akta ni.. harap dapat lah dilaksanakan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Semoga undang2 ni berjaya dihasilkan.

    ReplyDelete
  3. http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

    Jom Join

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..takut nya..mintak dijauhkan la dari benda2 gini..

    ReplyDelete
  5. Terseksa bila alami sendiri. Hakikat sebenar Allah sahaja yg tahu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.