Breaking

Monday, April 27, 2015

Tampil Bergaya, Segar Yakin Bersama Ariani & Comfort!


Assalamualaikum!


Biasa kalau rambut kita berbau, dan tentu orang sebelah tak selesa kan. Kalau tudung berbau pulak? Tambah macam-macam bau melekat ... bila duduk dalam tempat berhawa dingin atau duduk dalam bilik meeting ... lagi 'pekat' bau hapak, bau asap, bau makanan, bau peluh! Sendiri bau pun boleh eeeewwwww ....! hehehe ....




Pemilihan hijab bukan lagi sekadar dilihat dari aspek material, reka bentuk dan coraknya malah keselesaan juga turut menjadi keutamaan untuk wanita yang berhijab. Keselesaan disini bukanlah pula setakat pada pemakainya, tapi juga kepada orang disekeliling kita!

Bayangkanlah, kalau kita berjalan di khalayak ramai  dengan bau tudung kita yang hapak dan busuk boleh menganggu ketenteraman jiwa orang sebelah! haha. Dah tentulah kita pun rasa tak selesa dan malu kan. 




Seiring dengan revolusi fesyen hijab masa kini, Galeri Ariani buat julung kalinya bergabung bersama peneraju jenama pelembut fabrik dunia, Comfort untuk memberikan keyakinan kepada golongan wanita agar tampil berhijab penuh gaya serta lebih segar dan yakin pada masa yang sama!




“Kami berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu peneraju jenama pelembut fabrik terkenal dunia yang bakal memberi kepuasan tinggi kepada pelanggan-pelanggan kami yang yakin akan kualiti rangkaian tudung dan selendang Ariani yang berpremium tinggi. Ariani mengetengahkan koleksi moden, elegan serta sopan, disulam dengan rekaan berinovasi tinggi. Busana tudung Galeri Ariani juga direka dengan kualiti fabrik yang terbaik bagi memastikan pelanggan tampil bergaya dengan koleksi tudung kami.


Melalui kerjasama ini, koleksi tudung Ariani yang disegarkan dengan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus fesyen terkini. Kami bangga bekerjasama dengan Comfort yang menitikberatkan kualiti tinggi seiring dengan kami. Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan tudung kami agar pelanggan-pelanggan kami tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” kata Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.



Melalui jalinan usahasama antara peneraju pasaran busana Muslimah, rangkaian tudung dan selendang Ariani dan Comfort, Datin Farah Haryani berazam untuk memberi inspirasi kepada golongan wanita agar tampil bergaya dan sentiasa #segaryakin dengan keharuman Comfort yang boleh bertahan sehingga 14 hari! Wowwweeeee ..... :D

Lepas ni tak kita tak perlu risau lagi untuk menggayakan hijab kerana produk eksklusif Galeri Ariani bakal disegarkan dengan teknologi Comfort NCAP yang memberikan keharuman berpanjangan serta melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan! No more bau hapak, peluh, asap, makanan, rokok dan pencemaran! :D




Di majlis pelancaran tersebut, rakan-rakan media berpeluang menyaksikan demonstrasi penjagaan fabrik dengan tudung hijab Ariani yang harum bersama duta jenama Ariani, Bella Dally dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Turut serta bersama mereka adalah Shazreen Fazlynda, seorang Youtuber popular serta perunding imej hijab, Emi Idura




Kami turut diberikan sampel fabrik yang tidak menggunakan Comfort dan satu lagi yang menggunakan Comfort. Yang warna hitam bau dia ... masyaAllah banyak teruk lah! haha. Aku syak tu bau minyak menggoreng ...busuk tau!

Yang fabrik warna pink tu wanggiiiiiiii sangat ... sebab menggunakan pelembut fabrik Comfort. Rasa nak tonyoh-tonyoh terus kat hidung! hehehe ....




Kami turut dihidangkan dengan video Bella Dally dan Shazreen yang berunsur jenaka yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi oleh pemakai hijab dalam menentang bau yang tidak menyenangkan. Hahahaha .. memang kelakar video ni baq hang! Terbahak-bahak tengok nasi lemak melekat kat tudung Shazreen ....hehehehe :D

Video ini boleh ditonton menerusi laman sosial Facebook Ariani dan Comfort, saluran penjagaan rumah Youtube Unilever Malaysia dan saluran Youtube Shazreen Fazlynda: www.youtube.com/user/pinkmarbless.




Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.




Para model menggayakan tudung Ariani bersama pelembut fabrik Comfort. Ketahanan haruman sehingga 14 hari memberikan rasa segar dan yakin pada wanita di luar sana. Lepas ni, korang siap boleh libas-libas lagi tudung Ariani kat kengkawan ...hahaha! :D



Dari kiri : Datin Farah Haryani bersama suami, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Jakel dan Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.




Antara koleksi tudung Ariani yang memukau! Yang bestnya, masuk je dalam Galeri Ariani dah boleh bau wangi Comfort di segenap ruang! Pergh ... tenang jiwa shopping tudung kat sini hehe.




Cantikk! suka sangat dengan warna terang dan lembut macam ni.




Koleksi tudung bercorak pun ada di Galeri Ariani! Pendek kata, macam-macam ada lah! hehe. Wangiiiiii sangat ni ....! :D


picture credit : kak ayu

Bagi memberikan pengalaman yang lebih indah, pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.

Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia.  


picture credit : kak ayu

Sempat bergambar bersama hos kami pada hari tu, Dee. First time jumpa huhu ... sebelum ni aku tengok dalam sitkom 'Jangan Ketawa' je zaman 90an dulu hehe.


picture credit : kak ayu

Berpeluang bergambar bersama Datin Farah Haryani, masyaAllah sangat sweet orangnya! :)




Tak lupa sempat tarik Nur Syuhada bergambar sekali hehe. Senyummmm memanjang dia ni .... hehe :D




Just the two of us! Subhanallah she is so sweet and humble. And so sorry, ni first time aku baru tahu sebenarnya Datin Farah dan Datuk Mohammad Faroz tu adalah husband and wife! haha. Ke ... aku sorang je yang tak tahu?? haha .... adehh ....

Nevertheless, aku suka sangat dengan penampilan beliau yang sangat sederhana pada hari tu. First time jumpa dah rasa mesra sebab orangnya peramah dan suka tersenyum. Memang ikon usahawanita yang dihormati dan berjaya dalam bidang fesyen khususnya hijab. Mana taknya, beliau mempunyai sokongan padu dari suami tercinta dalam meluaskan empayar perniagaan bersama-sama.



Mengenai Ariani

ARIANI adalah jenama hijab premium di Malaysia. Selaku peneraju pasaran dari segi fesyen sopan, ARIANI mengekalkan satu keseimbangan antara fesyen-fesyen semasa, keselesaan dan praktikal tanpa sebarang kompromi terhadap kepercayaan. Produk-produk Ariani direka dengan gaya yang mempamerkan kepelbagaian. Sebagai jenama anak syarikat JAKEL, pelopor dalam industri tekstil tempatan, ARIANI adalah jenama tudung yang lain daripada yang lain, lengkap dengan pemahaman tentang fabrik yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Kini dengan lebih 18 cawangan di serata Malaysia, ARIANI menjanjikan rangkaian produk yang praktikal, tanpa sebarang kompromi dalam rekaan yang ringkas, berkepelbagaian dan sopan dan elegan – yang memenuhi keinginan golongan pemakai hijab yang lebih luas.





Mengenai Comfort

Comfort merupakan peneraju pelembut fabrik terkemuka dunia. Dengan pengalamannya selama 40 tahun, Comfort berusaha secara berterusan bagi memastikan pakaian-pakaian sentiasa selesa dengan keharuman yang menyerlah, agar keluarga anda hidup dengan penuh kesegaran dan keselesaan.







Last but not least, terima kasih Ariani atas jemputan dan special gift dari Ariani dan Comfort ni. Lepas ni, memang mewangila tudung selendang ARIANI ku .... :)


3 comments:

  1. terbaiklah ariani n comfort

    ReplyDelete
  2. Atiani... Tak pernah lagi beli... Tgk je... Pelembut comfort mmg beat... Wanginya tahan lama... Saya guna breeze dgn wangian comfort... Lembut dan wangi...

    ReplyDelete
  3. bestnya gift dia.... mesti wangi lepas ni semua tudung kan nim...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.