Breaking

Thursday, June 11, 2015

Majlis Pelancaran Pusat Penerangan Pelancongan Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!





Satu lagi detik bersejarah bagi KidZania Kuala Lumpur kerana telah berjaya menubuhkan Pusat Penerangan Pelancongannya sendiri, dengan kerjasama rakan industri baru, 'Tourism Malaysia'. Terima kasih kepada KidZania Kuala Lumpur kerana sudi menjemput aku untuk menyaksikan pelancaran yang penuh bersejarah ini! 

Pusat ini bertujuan memupuk minat kanak-kanak dengan percutian dalam negeri/domestik. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan minat kanak-kanak  dalam merancangan percutian keluarga ke destinasi domestik dan yang paling penting, untuk mendidik kepentingan industri pelancongan kepada kanak-kanak pada usia muda.




Walaupun Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz tidak dapat bersama dalam majlis pelancaran tersebut, majlis tetap meriah dan berjalan lancar dengan kehadiran Tan Sri KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng.

Konsep Pusat Penerangan Pelancongan ini adalah berdasarkan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang serupa dengan Pusat Penerangan Pelancongan yang sebenar, dengan aktiviti-aktiviti seperti mencipta pakej pelancongan dan jadual perjalanan pelancongan.

Aku difahamkan ada tiga bentuk lakon peranan yang boleh kanak-kanak buat Pusat Penerangan Pelancongan ini, iaitu sebagai pelancong (tourists), agen pelancongan (travel agent) dan sebagai pemandu pelancong (tour guide).




Gabenor KidZania Kuala Lumpur & Singapura, Puan Susannah Abdul Rani


"Pelancongan merupakan industri berorientasikan rakyat dan melalui Pusat Penerangan Pelancongan baru ini, kami ingin menanamkan semangat keyakinan dan kebolehan pada kanak-kanak yang diperlukan untuk berurusan dengan orang ramai. 

Kami di KidZania ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana sudi untuk memulakan perjalanan yang baru dan menarik dengan kami," beliau berkata.



KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng


YB Tan Sri Ong Hong Peng pula berkata, "Penubuhan Pusat Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur merupakan kaedah terbaik untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan peranan pelancongan dalam ekonomi negara. Saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan gambaran yang lebih besar ke dalam industri pelancongan Malaysia, dan membuka minda dan hati mereka untuk berminat bercuti di Malaysia pada usia yang muda."




Sebagai kemuncak majlis, Tan Sri Ong bersama para VIP membuat gimik pelancaran di atas pentas disaksikan para tetamu yang hadir. Dan selepas itu, pemberian plak KidZania dan sesi bertukar cenderahati turut berlangsung.




Sebelum kami berangkat melihat dan merasmikan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di perkarangan KidZania, satu persembahan tarian kebudayaan oleh krew KidZania dipersembahkan.






Kemudian, tetamu VIP dan tetamu-tetamu lain dibawa ke Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) untuk upacara memotong reben dan pembukaan rasmi.




Upacara memotong reben tanda secara rasminya Pusat Penerangan Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur dibuka kepada kanak-kanak




Pernah dinobatkan sebagai 'Pengalaman Terbaik untuk Kanak-kanak' di Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Awards 2014 selama dua tahun berturut-turut, KidZania Kuala Lumpur akan terus mencari peluang untuk mendedahkan kanaka-kanak kepada pengalaman baru melalui aktiviti lakon peranan agar kerjasama ini dapat diteruskan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.kidzania.com.my
Talian Careline KidZania : 1300 88 Kidz (5439)
Facebook : KidZaniaKualaLumpur
Twitter : @KidZaniaKL


4 comments:

  1. seronoknya.. anak² selalu ajak pi sini tp mamanya tak pernah bwk

    ReplyDelete
  2. dah ada kerja baru nampaknya di kidzania..heheh

    ReplyDelete
  3. wahh menarik ada job baru! Kalau dapat bawa si kembar ke sana lagi mesti best, dulu diorang enjoy sgt sgt kat Kidzania

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.