Breaking

Tuesday, June 30, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Part 1


Assalamualaikum!


Anak-anak punya pasal ... bajet ciput punya pasal ... bonus punya pasal dan untuk kepuasan sendiri punya pasal jugak, maka aku nekad nak buat biskut raya sendiri tahun ini! Tak mampu dah aku nak beli biskut tunjuk tunjuk ni. Duit bonus aritu dapat ... aku salurkan sebahagiannya untuk beli bahan-bahan buat biskut raya.

Maka, menujulah kami pulang ke kampung halaman terchenta minggu lepas hehe. Barang-barang buat kuih semua aku tinggalkan di kampung hasil dari perpindahan aku dari Kuantan ke KL 4 tahun lepas. Kat KL takda tempat nak letak ... so, kat kampung la letaknya huhu. 




Semangat membara ..tapi jika tiada langkah memulakannya, takkan nampak hasilnya jugak ye dop. Bertahun-tahun aku kumpulkan semangat ini ... baru tahun ni nampak hasilnya hehe. 

Empat jenis biskut raya .. dalam masa dua hari. Sabtu & Ahad hari 'peperangan' aku di dapur mak hehe. Awal-awal dah bagi notis jangan sapa ada yang kacau ibu di dapur .... tapi, ada diaorang kisah??? hahahaha...

Disebabkan aku hanya ada masa 48 jam untuk menyiapkan 4 jenis biskut raya, maka strategi perlu ada! Silap langkah, memang tak dapat 4 jenisnya. Isnin dah keje ... dengan nak menempuh kesesakan di lebuhraya lagi nanti ... so, aku kena cepat, tangkas dan kemas! Ceh ... dah macam motto polis pun ada hehehe ....




Aku lebih selesa buat kerja seorang diri. Biarlah remeh atau banyak keje sekali pun, aku lebih selesa begitu. Kalau perlukan pertolongan pun hanya untuk kerja-kerja yang senang atau ke kedai membeli barang yang diperlukan. 

Macam biasa .. kalau dah ibunya di dapur, memang kena kacau sokmo la! Walaupun dah diberi notis awal jangan kacau, tetap juga diaorang akan ke dapur merayu nak tolong ... nak tolong...haihhh.

Bagi jugakla tolong sekejap ... tu pun sambil urut-urut dada tengok diaorang berebut nak pegang mesin pengadun. Kita nak cepat siap ... haihhh ....




Biskut pertama ... marmar carrie. Mak panggil ni biskut 'mama juwi' hahahaaha ... makkkk ni biskut marmar carrie la mak. Kiut sangat mak ni tauuu hehehe :D

Leceh jugak nak membuatnya tapi sedap rasanya! Memang anak-anak suka biskut marmar carrie ni, so walaupun leceh aku gigihkan juga membuatnya. 

Resepinya aku belajar dari jiran di kuarters ketika duduk di Kuantan dulu. Alhamdulillah ... berkat membantu jiran tu menyiapkan tempahan biskut raya, aku turut diajar cara membuatnya. Tu sebab bila fikir fikir balik, alangkah ruginya kalau aku tak buat sendiri. Ilmu dah ada ... barang dah ada, kenapa tidak aku buat sendiri kan?




Biskut ni bukan takat main tekap tekap je. Ko nak kena letak putih telur yang diputar menjadi krim, kemudian nak kena melukis pulak atas krim tu dengan lidi. Kemudian baru dibakar.

Dan, disebabkan aku nak bagi mak sikit, mak mertua sikit dan untuk keluarga sendiri sikit, maka aku kena buat banyak jugak la hehe. Lagipun, tahun ni aku beraya di Perak dulu, so kenala bawa buah tangan sikit kan kan kan hehehe ...




Selesai biskut pertama, aku mulakan dengan biskut kedua! Almond London ....sapa tak pernah makan ye dop hehe. Almond London ni dulu sangaaaaaatla terkenal! Sekarang ni orang dah tak berapa nak terkenal dah kot .... tapi ini antara feveret aku, so ini bisksut wajib ada atas meja di pagi raya! hehe.

Kos membeli bahan-bahannya agak tinggi sikittttt je! Sebab ia menggunakan buah badam dan coklat. Tapi, satu adunan ko boleh dapat 100+ biji almond london! Puas makan weh!




Nampak tak sinaran cahaya matahari menembus masuk ke dalam dapur mak tu? Time ni dah kul 6 petang, duduk kat dapur pulak tu ... memang membahang rasa! Buat biskut ni takleh duk bawah kipas, tak boleh kena angin direct, kang keras jadinya biskut raya aku huhu. Tu kata sifu aku dulu la ... hehe




Malamnya, pas makan dan solat aku start gentel Almond London. Sambil-sambil tengok tv boleh la tangan tu pun bergerak sama hehe. Yang ni aku tak bagi kakak dan adik tolong, sebab nak siap cepat. Lagipun, remeh sikit kerja menggentel ni ... saiz nak kena sederhana dan sama supaya nampak seragam dan cantik bila duduk dalam papercup.

Nampak tak tangan yang motong badam tu? Pak Jelan offer diri untuk membantu hehe. Gamaknya dia tengok bini dah tersandar kat dinding sambil menggentel kuih ...tak sampai hati pulak kalau tengok aje kan ahahaha...




Siap menggentel, boleh la dibakar. Pastu masuk dalam balang dulu. Esok pagi, lepas sahur aku tak tidur dah terus cairkan coklat masakan dan celup Almond London tadi. Yang ni, kakak dan adik boleh tolong ... tolong taburkan badam kisar atas Almond London yang dicelup coklat hehe 

Kemudian masukkan dalam peti ais sekejap dan siap! ^^

Aku buat 4 adunan dapat dalam 220++ biji Almond London ...alhamdulillah :)

Hari Ahad aku start ngan biskut ketiga dan keempat. Nak tahu biskut apa aku buat? Tungguuuuuuuuuuu :D

Selamat berbuka puasa! 


10 comments:

  1. pandai jugak anim buat biskut na.. kalau farah mungkin tak dak rupa biskut kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla sikit-sikit sis ... memula dulu buat pun memang takdak rupa biskut tapi practice makes perfect gituuu hehehe :D

      Delete
  2. dkna tunggu anak besar, baru nak wat biskut raya..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe nanti anak teruna boleh tolong mama dia kan :D

      Delete
  3. aduhai best nya...
    byk dpt ekk.
    jimat pun jimat.
    tapi yg penting pengalaman buat kuih sendiri tu yg mahal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sis ..pengalaman tu yang paling berharga. Ilmu yang diperolehi jangan dipersiakan. Sampai bila nak makan kuih tunjuk tunjuk je hehe.

      Delete
  4. suka biskut mama carrie.. kak hanim..xde jual ke? ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jual dulu ketika duduk di Kuantan, tapi tahun ni tak la kotttt hehe. Lagipun baru nak mula berjinak-jinak buat kuih kembali, biarlah tuk sendiri makan dulu heee :D

      Delete
  5. Rajinnya Hanim buat biskut raya... Zumal tak terfikir lagi nak buat ke tak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.