Breaking

Thursday, September 10, 2015

Lain Sangat Dah Dia Sekarang Ni ...


Assalamualaikum!


Orang Perak cakap penyegan, orang KL panggil pemalas! haha. Gitulah bila kemalasan melanda diri setiap kali nak masuk dapur. Dari dalam kereta dok blur nak masak apa untuk makan malam. Minggu lepas dah pekena kari ayam hasil air tangan Pak Jelan, semalam gi kedai ingat nak cari ayam lagi tapi akhirnya Pak Jelan terpandang pulak kat ikan pari ni 'melambai-lambai' dari dalam tong .... hahaha!




Aku dan Pak Jelan kadang-kadang bergilir masuk dapur masak lauk. Ada lauk aku masak sedap pada dia, ada lauk dia masak sangat lazat pada tekak aku hehe. Contohnya, kari ayam aritu! Tapi takda gambar la ... tak sompek nak tepek kat instagram benda dah licin hehehe. Disebabkan keputusan yang sangat cemerlang itu, aku mengambil keputusan untuk mohon Pak Jelan masakkan sekali lagi .... kali ni kari ikan pari! perghhh .....

Dan inilah hasilnya, masyaAllah manyak shedap la! Haruslah puji masakan suami, air tangan dia banyak dalam ni huhu. Makan ngan nasi panas campur telur dadar .... perghhhh mujur aku bawa bekal ikan pari lagi hari ni hehehe. 

Habis makan, solat dan mengaji kakak dan adik macam biasa masuk bilik buat homework dan kerja masing-masing. Nak air Nestum? Baiklaaaaa ibu buatkan.... 

Di usia yang baru menginjak ke angka 8, ibu dapat rasakan sedikit demi sedikit perubahan berlaku pada diri kakak. Kakak sangat pemalu sekarang ni .... nak bergambar bersama pun payah dah hehe. Kadang-kadang tu, ibu kena bagi 'warning order' sebelum nak amik gambar kakak dan adik. Ada jugak tu sampai merajuk-rajuk dibuatnya hahaha!




Yang banyak gambar dalam henpon ibu ni pun gambar ibu dengan Mira. Last kakak punya gambar adalah yang INI haha. Gambar ni pun ibu terpaksa 'cedok' dari iPad tau tak. Masa ni kakak kat KidZania tengah mencuba aktiviti main doktor-doktor gitu hehehe. Masa ni pun kakak dah memang pemalu sikit-sikit, pandang kamera pun senyum tak senyum je .....

Bila kakak umur 8 tahun ni kakak banyak sentap! Cemburunya tu kadang-kadang memeningkan ibu .. tapi bila melihat wajah kesian kakak, ibu rasa bersalah pulak. Takda niat langsung pun nak melebihkan adik .... cuma adik awak tu rajin mengusik ibu bila dalam kete! Dia tu mana reti duk diam kak ... kadang-kadang tangan dia gatal geletek ibu, kadang-kadang mulut dia berceloteh cerita pasal kawan kat sekolah. Kadang-kadang dia buat ibu marah sampai dia merajuk-rajuk pusingkan badan dan tutup muka ngan tangan. Adeeee je benda dia nak buat kat belakang bila duduk ngan ibu. 

Tapi bila kakak duduk ngan ibu di belakang, memang tak banyak benda yang boleh dibuat. Itulah yang membuatkan kakak sentap semalam. Kakak cakap bila adik duduk ngan ibu, ibu layan adik main. Tapi bila kakak duduk ngan ibu, ibu tak main pun ngan kakak .... alahaiiii anak ....

Bukan niat ibu nak sisihkan kakak ... tapi tetap juga ibu rasa bersalah. Maka, pagi tadi dalam kete kakak duduk ngan ibu, ibu cuba untuk geletek kakak. Tapi respon kakak hanya diam senyum malu-malu kucing je la hahaha. Ibu tarik kakak duduk rapat ngan ibu dan ibu peluk kakak. Kesian anak aku ni ... teringin nau dia nak rasa main ngan aku macam mana aku main ngan adik dia ....hurmmm 

Barangkali waktu pagi subuh tu tak berapa sesuai kan kak. Mata tengah mengantuk, takda mood nak bergurau senda lagi time tu hehehe. Takpe kak ... nanti kita main sama-sama dalam kete ye kak :)

Eh, apasal ibu kena duduk belakang? Pasal time ni anak-anak ibu dok berebut nak duduk sebelah ibu, maka kenala ibu korbankan tempat duduk sebelah ayah, dan anak bergilir-gilir duduk sebelah ibu setiap hari hahahaha. Gitulaaaa ...mujur tempat tido dah asing-asing, kalau tak yang tu pun kakak dan adik dok berebut bergaduh hari-hari sapa patut tido sebelah ibu .... huhu .....

7 comments:

  1. nanti fiyah ngan naura dah besar macam kakak ngan adik,macam manalah ye..seronok pulak tengok dua orang ni

    ReplyDelete
  2. ada masa memang malas memasak kan. hihihi

    ReplyDelete
  3. sama la dgn nurin, da pemalu.
    tambahan plak skang nurin da 10 thn, lagi la susah mcm2.
    nak suruh anta brg kat jiran sebelah pun dia x nak sebab pemalu :)

    and, asben aida kalau masuk dapur, best!
    dia masak lebih sedap dari aida :)

    ReplyDelete
  4. Macam2 ragam anak yg sedang membesar ni...sabar jer la ibu!

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa kari..esok plan nak buat kari ikan tenggiri laa..baru beli tenggiri fresh..terliur plak tengok menu ni..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.