Breaking

Friday, October 02, 2015

Rysya Serlahkan Kejelitaan Rozita Che Wan


Assalamualaikum!


Aku dan ramai wanita di luar sana sudah tentu mengimpikan kulit yang sihat dan cantik. Apatah lagi kalau ia secantik sehalus dan segebu Rozita Che Wan! hehe. Korang tentu tertanya-tanya kan apa rahsia Che Ta kelihatan begitu menawan dan jelita? Serius, memang tak nampak macam 40an!

Nak korek rahsia Che Ta tak? kalau nak tahu, meh aku perkenalkan korang produk yang Che Ta guna selama ni!



Rangkaian Produk Rysya


Kulit yang cantik bermula dari penggunaan produk yang berkualiti secara konsisten setiap hari. Bagi kaum wanita, rangkaian produk muka yang wajib ada biasanya pencuci muka, toner, pelembap dan serum. Tapi, penjagaan kulit badan juga penting tau! Dan kerana itu, RYSYA turut memperkenalkan body scrub untuk menganjalkan kulit badan.

Nak tahu apa bezanya body scrub RYSYA dengan body scrub jenama lain? Haaaa nanti aku cerita .... sabaq naaaa :D 




Baru-baru ini, aku berpeluang memenuhi undangan ke majlis An Evening of Beauty Hi-Tea bersama Rozita Che Wan. Majlis ramah mesra secara santai yang diadakan di RUANG, Subang Jaya SS18 ini turut dihadiri stokis-stokis dari seluruh negara, para media dan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari.

Dah tentu teruja nak jumpa Che Ta face-to-face dan juga nak tahu lagi apa kelebihan produk RYSYA ni yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna di luar sana terutamanya kaum wanita yang mahukan kulit wajah yang halus dan menyerlah seperti Che Ta!




Majlis dimulakan dengan sidang media yang turut dihadiri pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor. Beliau mengongsikan kelebihan dan kehebatan rangkaian produk RYSYA serta perbezaan RYSYA dengan rejim kecantikan lain yang berada di pasaran.

Antara kandungan bahan semulajadi yang terdapat dalam produk-produk RYSYA adalah sarang burung Walet, Pitera dan kolagen yang sangat baik untuk menjadikan kulit lebih lembut, licin dan berseri.




Sebagai Duta RYSYA, banyak yang Che Ta kongsikan tentang pengalaman beliau sepanjang menggunakan produk penjagaan kulit RYSYA. Kata Che Ta, bahan-bahan yang terkandung dalam 5 produk ini baik untuk kulit wajah dan sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.

Haaa .... so, lelaki takda alasan lagi ye. Kalau nak kulit yang sihat dan bersih sila dapatkan rangkaian produk Rysya cepat-cepat ye!

Aku juga baru tahu sebenarnya Che Ta tak suka buat rawatan muka di salon! Beliau lebih suka buat sendiri di rumah dan menggunakan bahan semulajadi. Dan RYSYA adalah pilihan yang tepat!




Di majlis yang penuh santai itu juga, RYSYA turut memperkenalkan pakar perunding imejnya iaitu Puan Wawa Idris yang bakal bergerak aktif bersama team RYSYA dan mengongsikan tips-tips penjagaan dan penampilan diri serta kaedah penggunaan produk RYSYA.

Syabas dan tahniah Puan Wawa! ^^



Dari kiri : Puan Wawa Idris, Rozita Che Wan dan Puan Noorazlina Mohd Noor


Rangkaian Produk RYSYA

LY Facial Cleanser - Ia membersihkan segala kotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semulajadi kulit. Ia tidak akan akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas

LY Facial Toner - Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan yang konsisten membolehkan kulit wajah tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

LY24K Gold Serum - Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit

LY24K Gold Miracle Cream - Mengandungi ramuan anti-penuaan untuk yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Ia membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya jadi lebih muda

LY Bird Nest Body Scrub - Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung Walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. Ia merupakan formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Sesuai untuk kulit sensitif.



Bersama Pengasas Rysya Skincare, Puan Norazlina



Selfie dengan Duta RYSYA, Che Ta! hehe



Suasana santai dan meriah di majlis Hi-Tea!




Antara rakan bloggers yang hadir menceriakan suasana Hi-Tea bersama Che Ta. Masing-masing bergaya penuh stylo!




Untuk korang yang masih tercari-cari rejim kecantikan kulit wajah yang sesuai, kenapa tidak korang cuba rangkaian produk RYSYA? Mana tahu ia boleh jadi satu pelaburan yang berbaloi untuk korang nanti. Gunakan hari ini dan rasakan perbezaannya!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :



Webpage: www.rysya.com
E-mail: sales@rysya.com
Instagram: @rysyaskincare #rysyaskincare
Whatsapp: 019-738.8866
Office: 03- 7831.8669
Alamat: Thames Skincare Sdn. Bhd, D10-9-1, Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1

8 comments:

  1. Hahahah bab2 kosmetik ni x pandai nak komen

    ReplyDelete
  2. Lepas ni makinnn cunnn macam cek taaa... Wahhhh

    ReplyDelete
  3. Macam anak patung la che ta.. rada nak beli gak..

    ReplyDelete
  4. ramainya yang selfie ngan che ta..untung Hanim

    ReplyDelete
  5. Bukan dulu dia kata dia cantik sebab pakai produk yang dia jadi duta dulu ke..yang guna seawal 25 tahun kot..ekekekek

    ReplyDelete
  6. Kalau tak alah dgn brg kosmetik ni ok la... saya ni dr dulu kulit sensitif... kalau saya pakai satu2 produk yg tak biasa saya pakai... abis la naik merah2 muka saya... huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.