Breaking

Friday, November 06, 2015

Isi Borang Tugas Mak-mak Ke?


Assalamualaikum!


Untuk mak-mak, tugas ini memang jadi satu kewajipan setiap tahun hahaha. Bagi aku, inilah benda yang aku wajib hadap setiap hujung tahun nak masuk awal tahun hehehehe.




Kali ni aku kena isi borang pendaftaran sekolah agama Mira. Haihh .. nak masuk darjah satu dah my kenit tu. Dalam kenakalan dan mudah sentap dia tu, dapat juga dia harungi alam persekolahan tadika dengan jayanya hehehehe.

Aku akui, dan melalui perbincangan dari hati ke hati sesama rakan yang merangkap ibu-ibu yang turut sama menguruskan hal pendaftaran sekolah anak, bab mengisi borang ni memang selalunya mak-mak la yang kena isi hehe ...

Kaum bapa kurang cakna sikit bab menulis ni, dia tanya apa benda nak kena sedia dan di mana nak sign je hehehe.  Tapi ada jugak tahap sampai tak amik tau langsung! Ishh ... takmola macam tu yek. Ibubapa kena saling bantu-membantu dalam soal ni, tak boleh lah salah sorang lepas tangan dan harapkan yang sorang lagi untuk setelkan semua hal. 

Alhamdulillah, borang Mira dah lengkap isi dan dah hantar pun minggu lepas. Dapat atau tidak, kena la tunggu senarai rasmi bulan Disember nanti. Aku dah mula rasa tak sedap hati bila cikgu cakap, tempat dah hampir penuh untuk tahun hadapan .... hurmmm




Besar dah anak ibu ni, pejam celik pejam celik dah nak masuk darjah satu. Harap tahun depan perangai mudah sentap dan merajuk Mira berkurangan dan ditukar dengan kesopanan dan kesusilaan hehe. Awak nakal pun ibu sayang .... awak tak nakal lagiii ibu sayang!

Pakcik-pakcik makcik-makcik, tolong doakan Mira dapat masuk sekolah agama tahun depan ye ^^ 



10 comments:

  1. Lama tak singgah sini..
    Tengok dah header baru hanim tu..
    Wah dah besar si kenit tu nak masuk darjah satu ye..
    Akak pun sibuk juga mengisi borang utk si kakak yg nak masuk darjah 6..
    nak gambar bagai ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. header baru tu sebab bosan kak hehehe ....

      Haaa gambar tu pun satu hal jugak tu kak haha. Takpelah, janji kita enjoy buat kan kak hehe :D

      Delete
  2. cikgu gempaq ja kot..mesti ada tu tempat untuk mira..heheh..
    bab isi borang tu sya terbalik pulak..suami yang isi semuanya...saya cuma bagitau je.."ada borong nak kena isi.." heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cikgu sekarang pun dah pandai gempak-gempak yek. Untung suami isikan ... hehe :D

      Delete
  3. betul Hanim...

    rasa nak tercabut tangan duk mengisi borang
    Akak mmg hubby bagi tender segala isi isi borang pada akak. Alasan nya tulisan dia tak elok hahahha tapi dia kata pompuan detail sket benda2 camni . Kalau bapak bapak buat banyak plak tertinggal hahahha mungkin betul jugaks kan

    Nanti bukak skolah kita jugaks yg lenguh tulis nama n balut buku anak hahahah

    sangat multitasking kita kaum pompuan neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul kak! itulah alasannya jugak. Takut terlepas pandang konon ... padahal hahahaha. Takpe, part borang boleh la kita isi ... esok buku sekolah anak kena serah tender kat ayahnya pulak la .... hehehehe

      Delete
  4. Saya tukang isi form... Daddy wajib kena hantar..kalau x.. unfairlahl..byk kot nak kena isi form

    ReplyDelete
  5. jarang ada bapak2 yang nak sisi borang kan anim,.hehehe

    ReplyDelete
  6. Betullah tu..
    Kalau bab-bab borang ini biasanya mak-mak yang sebok..
    Tapi kenkadang my encik suami pun menolong juga.. hehehe..
    Kena ada kerjasama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.