Breaking

Thursday, January 07, 2016

Sesi Sekolah 2016


Assalamualaikum!


Minggu ni banyak citer pasal anak-anak sekolah je la hehe. Mau ibu tak eksaited??? Anak ibu setakat ni dua orang je tau, lepas Mira ibu tak tau nak cerita pasal siapa dah haha :p

Bermula dengan sesi persekolahan kakak dan adik, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tak lupa juga bulan ni memang kena pakai banyak duit bayar itu ini haha. Apapun, semua itu terbalas dengan keterujaan dua orang puteri ibu yang sangat bersemangat terutama Mira walaupun baru minggu pertama bersekolah.




Biasa bila anak-anak mula bersekolah, ibubapa akan ambil cuti khas sempena temankan anak-anak masuk sekolah untuk minggu pertama. Tapi bila Mira hadir pada hari pertama hari tu, ibu ayah teman sampai depan pagar sekolah je huhu ....

Tapi time balik, ibu ayah datang amik la dan terus hantar kakak dan Mira ke transit untuk mandi tukar baju dan bersedia untuk sesi petang sekolah agama. 




Minggu sebelum tu pi cari tudung pengawas untuk kakak, dapat yang kain lembut ni je. Natijahnya, kakak jadi tak keruan bila tudung dia tertarik ke belakang menampakkan anak tudung dan jendul dahi yang comel haha ...

So, ayahnya cuba cari lagi kat kedai di Subang dan kelmarin baru dapat tudung pengawas yang ada awning tu.



 Ustazah Hazwani & Ustazah Hazmira




Berbeza dengan sekolah rendah, sekolah agama takda hari orientasi. So, ibu risau juga kalau-kalau Mira tak dapat biasakan diri dengan kawan-kawan baru di sekolah agama. Tapi alhamdulillah, walaupun mulanya Mira malu-malu, tapi senang jugak dapat kawan baru hehe ....

Kakak ... ibu tak risau sebab kakak jenis berdikari dan pandai bawa diri. Cuma banyak kali ibu pesan jangan main banyak sangat sampai lupakan adik. Maklumla, orang baru nak merasa suasana sekolah petang macam mana ... sebelum ni Mira duduk kat transit je lepas habis tadika. Time tengahari boleh pilih samada nak main atau tido sampai petang. Tapi tahun ni takda pilihan, kena pi sekolah gak hehe ....




Ibu tau Mira tak berapa berkenan makanan yang pedas-pedas, tapi kebanyakan makanan di sekolah memang begitu nak oiii. Yang tak pedas cuma nugget, kentang goreng, ayam goreng, keropok dll. Dah tu .. larat ke nak makan makanan bergoreng macam tu hari-hari. Bihun sup dan makanan berkuah pun ada, cuma kalau masa tak sempat, memang beli yang goreng-goreng je la jawabnya.

Bekal makanan? Duduk transit ... mana nak datang bekalnya??? Lain la pagi, dari rumah terus ke sekolah. Tapi kat transit memang ada disediakan makanan, so curi-curi la masa sikit untuk makan sebelum ke sekolah. Kat kantin baru beli yang lain ...




Satu perkara yang agak mengecewakan, pelajar-pelajar sekolah ni tak berapa suka nak beratur time beli makanan di kantin. Habis kalut semua budak nak membeli makanan. Yang orang kantin pulak lambat servisnya, lagi lambat nak dapat makanan. Hari pertama tu, ibu perhatikan memang agak kelam kabut suasana di kantin. Dengan budak-budak tak beraturnya, walhal mak bapak dah suh beratur tapi tak jadi jugak barisannya hehe ...

Yang Mira pulak hampir 10 minit dia berdiri kaku kat depan tu. Ibu dari tepi dah puas suh bukak mulut cakap kat acik tu nak makan apa. Haihh .. ingatkan bila dah banyak kali 'praktis' dengan uncle roti, Mira bolehlah order makanan sendiri kat kantin tapi masih malu-malu pulak lagi haha ...




Walaupun ibu tak perlu risaukan kakak, still ibu nak tengok juga keadaan anak sulung ibu ni macam mana dalam kelas barunya. Asyik tengok adik dia je, ibu tak jenguk dia di kelas pun hehe. Dari kelas adik ibu berkejaran naik tingkat dua ke kelas kakak, dan dari luar kelas ibu tengok kakak happy ada geng duduk di kiri dan kanan haha ...

Dan disebabkan lari turun naik tengok anak-anak, ibu hilang 2kg petang tu (hahahaha). Baru nak ternak lemak, dah kena berlari turun naik tangga hahaha :p






Alhamdulillah syukur, anak-anak ibu enjoy pergi sekolah. Moga semangat dan kesungguhan ini berkekalan dan meningkat sehingga ke akhir tahun. Bila anak-anak happy di sekolah, otomatik ibu ayah tenang melakukan pekerjaan di pejabat. Tak risau anak menangis keriau nak balik atau buat hal di sekolah.

Kannn .... hehe :D

6 comments:

  1. lepas ni boleh je kak cite 'adik' mira pulak hahahaa

    ReplyDelete
  2. Rata2 tulis pasal anak masuk skola

    ReplyDelete
  3. Salam. Lama xsinggah. Heheh alhamdulillah sronok tgk anak2 ke sekolah hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga terus bersemangat hingga hujung tahun..
    Ceria dan seronok mereka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.