Breaking

Tuesday, March 08, 2016

Drypers Kembali Dengan Program CSR 'Share A Little Comfort'


Assalamualaikum!


Drypers jenama lampin pakai buang popular di Malaysia kini meneruskan komitmennya dalam usaha menyerlahkan ikatan istimewa menerusi pelancaran semula kempen Moms of Malaysia (MOM). Drypers juga menyeru ibu-ibu yang pengasih supaya mengambil bahagian dalam Share A Little Comfort, iaitu satu program inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyasarkan transformasi ke atas empat buah rumah anak yatim menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa buat insan istimewa di situ.




“Apa yang baru dalam kempen tahun ini ialah matlamat kami untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak di rumah anak yatim menerusi program CSR. Kami percaya adalah amat penting untuk mereka membesar dalam suasana kediaman yang selesa dan menggembirakan. Justeru, kami benar-benar komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya mereka dapat menikmati keselesaan dan kasih sayang yang sepatutnya,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.

Melalui kempen ini, Drypers menyasarkan untuk memberi kesedaran kepada kaum ibu di seluruh negara mengenai betapa pentingnya setiap detik yang dilalui mereka bersama si kecil. Justeru, ibu-ibu dari seluruh Malaysia digalakkan supaya berkongsi gambar detik manis mereka dengan si kecil secara memuat naik gambar ke laman Facebook dan Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia

Semua gambar akan dipaparkan semasa pelancaran rasmi pada Mei nanti.  



Penyokong MOM 2016 & Selebriti, Elaine Daly


Bersempena pelancaran kempen MOM 2016, Drypers turut menganjurkan program CSR, Share A Little Comfort dengan matlamat menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada anak-anak istimewa itu. Caranya mudah saja, korang hanya perlu sumbangkan MATA GANJARAN yang dikumpul menerusi pembelian produk Drypers secara online

Mata ganjaran tak kira amaun samada 100, 300 atau 500 menerusi keahlian online dan Drypers akan memadankan jumlah mata ganjaran itu dengan setiap sumbangan. Matlamat utama ialah mencapai mata ganjaran keseluruhan sebanyak 1 juta yang menyamai nilai RM100,00, di mana sejumlah besarnya akan disalurkan kepada program pengubahsuaian kediaman untuk rumah anak yatim yang terlibat.

Sebagai permulaan, Drypers akan melakukan renovasi dan meningkatkan keselesaan untuk rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting yang beroperasi sepenuhnya daripada dana penyumbang-penyumbang berhati mulia. Dana akan digunakan untuk melakukan pelbagai pembaikan ke atas ruang kediaman yang menempatkan 120 anak-anak yatim berusia 2 hingga 18 tahun. Renovasi melibatkan kerja baik pulih, mengecat dan menambah perpustakaan. Akemi dan Favorita ialah rakan kongsi Drypers dalam inisiatif CSR kali ini.

So, kepada ibu-ibu dan bapa-bapa penyayang di luar sana jika ingin menyumbang untuk keselesaan anak-anak istimewa ini, korang boleh sumbangkan melalui mata ganjaran yang diperolehi daripada pembelian produk Drypers secara online. Kalau belum register ahli Drypers Baby Club, bolehlah berbuat segera sebab ada promosi menarik menanti korang disamping boleh kumpul mata ganjaran dan berjimat membeli barangan untuk anak-anak.

Jangan lupa juga muatnaik gambar detik-detik manis korang bersama si manja ke Facebook & Instagram beserta #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi petugas sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY . 

Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.

4 comments:

  1. alang² ank mmg guna drypers boleh la join ni..yey! :)

    ReplyDelete
  2. bagus betul program ni, dalam masa yang sama dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan. sememang membesarkan anak-anak perlukan ruang yang selesa dan ceria. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. ibu2 jer??.. bapa2 boleh menderma tak... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.