Breaking

Friday, April 08, 2016

Temui Thomas & Friends Kini Di One Utama Shopping Centre!


Assalamualaikum!

They're two, they're four, they're six, they're eight,
Shunting trucks and hauling freight,
Red and green and brown and blue,
They're the really useful crew,
All with different roles to play,
Round Tidmouth Sheds and far away,
Down the hills and round the bends,
Thomas and his friends


Thomas & Friends kembaliiiiiiiii! :)

Masih ingat lagi tak lagu tema Thomas & Friends ni? Siri Thomas & Friends adalah antara siri kegemaran kakak dan adik sejak mereka kecil lagi. Kalau dengar lagu tema ni, bukan kakak dan adik saja yang akan sama menyanyi tapi aku pun turut ikut menyanyi depan tv sampai habis! hehehe ....




Kalau dulu boleh tengok dalam tv je, tapi kini ada berita baik untuk peminat Thomas & Friends, sebab bermula kelmarin (6hb) telah berlangsung pameran The Thomas Mini & Mighty di One Utama Shopping Centre sempena jelajah sulung Thomas Town Puteri Harbor yang berkolaborasi dengan Mattel Asia Tenggara. 

Untuk pengetahuan korang, Jelajah Malaysia 'Mini & Mighty' 2016 merupakan yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, dan akan menjelajah ke beberapa tempat sebelum mengakhirinya di taman tema Thomas Town, Puteri Harbor pada bulan Disember 2016.




Sebelum aku bercerita lanjut mengenai aktiviti yang disediakan sepanjang pameran ini, meh aku kongsi sikit pasal pelancaran Pameran Thomas Mini & Mighty yang selamat dilancarkan baru-baru ni. 

"The story of Thomas & Friends has been continuously charming generations of boys and girls ever since it was introduced in the year 1945. We are very excited to be able to bring this amazing tour to Malaysia, not only as a gesture of acknowledgement and appreciation for existing Thomas enthusiasts, but also to open this range of lovable characters and the fun engagement of Thomas & Friends stories to a new public. As with our Thomas Town attraction in Puteri Harbor, we want everyone to be able to fully experience the world of Thomas and his friends," kata Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar Thomas Town Puteri Harbor.




Bermula 6hb sehingga 10hb April ini, pengunjung boleh datang dan terokai dunia si 'enjin' kecil Thomas bersama 'kawan-kawannya' dengan berlatarbelakangkan 'Pulau Sodor' yang dibina khas di LG OVal Concourse, One Utama Shopping Centre di samping ada banyak aktiviti best dan menarik menanti anak-anak korang!

6hb sehingga 10hb April
  • Thomas Train Ride
  • Story-telling Adventures
  • Thomas Maze Challenges, and
  • Meet-and-Greet sessions with Thomas & Friends characters (Rusty, Dusty & Sir Topham Hatt)





Korang boleh rujuk aktiviti di jadual atas ni ok. Tak nampak sila klik untuk 
imej lebih besar :)


Dan dari 6hb sehingga 24hb April 2016, ruang legar Oval Concourse ini akan dipenuhi dengan 'kawan-kawan' Thomas yang terdiri dari 70 replika enjin dipamerkan sepanjang tempoh pameran ini. Wowww ... memang puas amik gambar ni hehehe ... anak-anak pasti suka nak bergambar dia atas replika enjin ni kan!








Haaaa .. ni baru sikit je aku amik ni. Ada 70 replika enjin kesemuanya sedang menanti kehadiran korang di One Utama! Memang comel dan cantik setiap satunya, bergambar la puas-puas nanti ye hehehe ....

Selain pameran dan aktiviti, di sini juga akan dibuka gift shop khas menjual barangan Thomas & Friends! Ada macam-macam barang korang boleh pilih dan beli untuk anak-anak. Nak kasut? nak baju? nak mainan? semua tu ada dijual disini!









Kalau korang pengumpul replika mini karakter kartun atau sebagainya, mungkin korang boleh tengok-tengok replika Thomas & Friends di pameran ni. Mana tau ada yang berkenan di hati? hehe ...



Beli untuk si kecil pun ok gak ni ;)





Ok, jangan lupa ye datang ke LG Oval Concourse, One Utama bermula 6hb April sehingga 10hb April untuk sertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Bawa anak-anak korang untuk bergambar dan temui karakter-karakter menarik di sini sepanjang pameran berlangsung. 

Pastinya cuti hujung minggu bersama keluarga di sini sangat meriah dengan kehadiran Thomas & Friends! ;)

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Thomas Town, Puteri Harbor "Mini & Mighty" Malaysia ini, korang boleh layari www.puteriharbor.com/play/thomas-town


16 comments:

  1. Akiff kureng sikit layan katun thomas n friends ni tp kalau mainan suke jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa memang sesuai dah tu ... sini memang banyak mainan. Akif boleh 'pau' abah nanti ye hehehe

      Delete
  2. Syok ni..tapi fariza kecik lagi..kang mommynya yang excited lebih

    ReplyDelete
  3. Bestnya kak... Besar betul yg view dari atas tu. Anak2 suka Temes (ariq cakap). hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ok Ariq, nanti suh mama n papa bawa Ariq jumpa Temes k hehehe :D

      Delete
  4. Dulu kecil2 takut tgk Thomas & friends, sebab seram tgk keretapi ada muka... Hahahahhaa... Skg dah ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha kannn rasa macam dia betul2 'hidup' pulak ...:D

      Delete
  5. Yaya sama macam razzi. Tu yang main hello kitty je hihi tapi bila dah besar seronok layan anak jiran nak tgk cerita ni bila datang rumah hee

    ReplyDelete
  6. Wahh.. ni kalu beli replika toys buat hadiah besday boy anak sedara ni memamg sukaa dia. Pcl pon layann gak cerita kartun ni ..haa sempoi pa..

    ReplyDelete
  7. kalau mikhail nampak ni...ermmm.. memang tak nak balik rumah la gamaknya..

    ReplyDelete
  8. bukan budak2 pun suka homey2 macam ni..mak/pak pun suka..

    ReplyDelete
  9. rasa nak pergi je.. leh la lisa masuk guna tiket budak2.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Wow!!!! Ena dah la suka cite katun ni. Sampai hafal lagu cerita ni.. Hehehe teringinnn nak pergi

    ReplyDelete
  11. bhya ni..heheh..hbis dipow nye mainan..

    ReplyDelete
  12. manyak ssyiokkkk wooo....sure anak2 happy bila pegi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.