Breaking

Thursday, June 23, 2016

Wajah Berseri Dengan Nanowhite Fresh Untuk Kulit Berminyak!


Assalamualaikum!


Sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit wajah pasti tak senang duduk kan! Kulit berminyak, kulit kering, kusam dan tidak bermaya antara masalah kulit yang memang ramai dialami oleh semua golongan tak kira wanita atau lelaki terutama sejak remaja! 

Pernah tak korang mengalami masalah memilih produk yang sesuai untuk kulit wajah? Terutama untuk kulit berminyak macam aku ni. Sejak dari zaman remaja lagi, jerawat dan aku memang tak dapat dipisahkan hehe ... sehinggalah aku bertemu dengan produk Nanowhite Fresh




Untuk yang berkulit minyak macam aku ni, kena pandai pilih produk penjagaan kulit yang sesuai. Kalau salah pilih, lagi banyak jerawat yang keluar nanti! Terus takda mood nak beraya nanti huhu ....

Tapi mujur ada rangkaian produk Nanowhite Fresh yang memang diformulasikan untuk kulit berminyak! Haaaa ni yang best dengar ni ... ! 

Nanowhite Fresh Untuk Kulit Berminyak

Rangkaian produk Nanowhite Fresh adalah rutin penjagaan harian untuk kulit yang lebih cerah dan segar. Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak dan diperkaya dengan Vitamin C, Sea Algae (alga laut) dan Tea Tree Oil untuk mencerahkan tona kulit, mengurangkan bintik hitam dan jerawat sementara mengekalkan kelembapan kulit.

Sebenarnya tak susah nak jaga kulit wajah, asalkan kita tahu jenis kulit dan produk mana yang sesuai dengan kulit kita. Walaupun aku kurang mengenakan solekan pada wajah, tapi kulit tetap terdedah dengan pencemaran dan sebagainya. Jadi, untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit aku gunakan tiga produk dari Nanowhite Fresh ni!
  • Nanowhite Fresh Foam Cleanser
  • Nanowhite Fresh Miracle Mist
  • Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector




Nanowhite Fresh Foam Cleanser aku gunakan dua kali sehari. Kulit jadi berangin dan rasa segar je. Memang sesuai sangat dah dengan namanya! hehe ...




Kemudian aku gunakan Nanowhite Fresh Miracle Mist. Selain berfungsi untuk memberikan hidrasi (kelembapan) pada kulit sepanjang hari, ia juga memberikan keseimbangan kulit yang sekata dan mengurangkan jerawat. Lubang pori-pori pun jadi semakin mengecil ye. Muka yang banyak jerawat pun takda masalah nak gunakannya sebab ia melegakan kulit berjerawat. Korang spray je dan serta merta terasa segar di seluruh wajah. Yang bestnya, aku boleh gunakan Miracle Mist bila-bila masa walaupun ketika berada di rumah, pejabat atau keluar berjalan-jalan, so memang wajib kena ada dalam beg tangan hehe.




Sejuk je rasa muka ni! ^^


Ia juga boleh digunakan sebagai toner juga tau! Lagi satu, Miracle Mist ni sesuai digunakan walaupun selepas kita mengenakan solekan pada wajah. So, tak perlu risau ... dah makeup tu spray je pada muka. Segarrrrrrrr rasa! ^^




Last sekali, aku gunakan Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector untuk mengurangkan kesan bintik hitam, jerawat dan ia juga berfungsi mengurangkan sebum berlebihan yang boleh mengakibatkan jerawat. Picit sikit dan sapu je pada kawasan yang berjerawat ;)




Yeaaaaa! Lengkap dah penjagaan kulit wajahku, semua yang aku perlukan ada pada Nanowhite Fresh. Packaging dia pun cantik hehe. Harganya pula macam mana? InsyaAllah memang harga mampu milik!


Nanowhite Fresh Foam Cleanser 100GM- RM15.90

Nanowhite Fresh Miracle Mist  125ML - RM20.50 

Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector Gel 15ML - RM18.50



So, pada korang yang mempunyai kulit berminyak mungkin boleh cuba rangkaian Nanowhite Fresh ni. Dah dekat nak raya ni takkan taknak kulit wajah korang lebih berseri dan bebas jerawat kan. Korang boleh dapatkan produk Nanowhite Fresh ni di Guardian, Watsons dan pasaraya berdekatan.


Yang ni paling best! Bila korang beli mana-mana produk Nanowhite atau Nanowhite Fresh, tolong JANGAN BUANG RESIT PEMBELIAN tau sebab ada HADIAH MENARIK menanti sempena Hari Raya ni! 


So, tunggu apa lagi jom serbu Guardian atau Watsons berdekatan dan beli produk Nanowhite atau Nanowhite Fresh. Simpan resit dan sertai kontes di atas ni, mana tahu gambar kreatif korang terpilih untuk HADIAH UTAMA tu! ^^

50 comments:

  1. Best sangat produk ni..memang segar muka..packaging pun lawa

    ReplyDelete
  2. Nad dah try produk ni..memang best..segar je muka..packaging pun comel

    ReplyDelete
  3. lisa pon nak try ni.. dah ada tp tk sempat pakai lagi . heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat pakai lisa ...pastu bgtau sini hehe

      Delete
  4. Harga berpatutan...sape taknak muka lawa Raya ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn memang ok sangat harga dia ... sempat lagi nak lawakan muka ni hehe

      Delete
  5. erm..tengah ura2 cari produk untuk skincare brand lain..boleh dipertimbangkan yang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try yang ni sis ...terutama yang oily skin memang recomended :)

      Delete
  6. Sama la kite pun ada masalah kulit berminyak jugak.. Harap raya tahun ni leh la ada muka peloles gitu..hihi

    ReplyDelete
  7. Makin berseri lah hanim pasni ye :-)

    ReplyDelete
  8. Fuyooo nanowhite fresh gtuuu..makin muda laaaa anim pasni....Best kan guna produk nanowhite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda tu kena ada selalu kak lya hahaa :D

      Delete
  9. Kawan sebilik ena guna jenama ni sebagai loyal user.. muka dia memang xde jerawat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ...sukanya akak dengar! tak sabar nak dapat kulit bebas jerawat hehe

      Delete
  10. Reen pun tengah try produk dr nanowhite.. hope raya ni semakin cantik dan berseri.. 😆😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ... chaiyok chaiyok reen ;)

      Delete
  11. Kak nina pun pakai nano white tapi yang lagi satu.... yang awakening snow wash tuu... best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohhh terbaik la kak nina! bertambah tambah tambah ayu kak nina pasni ;)

      Delete
  12. Kte xpenah try g produk nanowhite. Ni pn ngh mncarik apa produk yg ok utk muka. Haiihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try yg ni sis ... especially untuk kulit berminyak :)

      Delete
  13. murah..mampu milik. Dah la packagingnya comel :)

    ReplyDelete
  14. boleh selfie banyak² time raya...yeyy! ^_^

    ReplyDelete
  15. Kali pertama dkna dengar nama produk ni.

    ReplyDelete
  16. Boleh la bertukar produk lepas ni..muka ni teruk sangat da..

    ReplyDelete
  17. Ingatkan mahal lah td.. rupa2nya murah je product ni. Packaging nmpk mahal. Baguslah nnt nak cuba yg mist tu.

    ReplyDelete
  18. Lawa betul pakaging dia...suka plak miracle mist dia tu leh buat toner wauuu

    ReplyDelete
  19. Eh murah je..mati2 igtkan mahal td haha

    ReplyDelete
  20. Yanie teringin nak guna, hari tu kat watson ada buat promosi kalu beli 2... nanti nak try gak lah..

    ReplyDelete
  21. miracle mist tu boleh jadi deadorant juga tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh. Miracle mist hanya guna untuk wajah je, sebab dia takda fungsi hilangkan bau seperti deodoran ;)

      Delete
  22. Ehh...serius laaa best benda alah nii...best ooo gunakan...dah habis nnt nak beli lagi lahh

    ReplyDelete
  23. Bestnyaa kak hanim dapt nano set ni. Jeles.. nak kena beli gak ni..

    ReplyDelete
  24. kalau kat office ,mar sukaa sprayyyy kat muka . siket siket spray hahah sebab best gilaaa !

    ReplyDelete
  25. Packaging products ini comel betul.. Bella pun dah jatuh cintA... 😊

    ReplyDelete
  26. Wah. Senang nak bawak mana2. Lagi2 yang suka travel

    ReplyDelete
  27. try dia punya sleeping essence... mmg terbaik

    ReplyDelete
  28. Salam . Sy guna Nano White juga tp yg clay cleanser tu . Sy beli pencuci dgn moisturizer . Baru dua hari pakai , jerawat makin teruk . Mcm mana ye ? Boleh bantu ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Saya tak pasti sis sebab saya pakai set ni alhamdulillah ok dulu. Saya tak pernah pakai lagi clay cleanser tu jadi tak boleh nak bgtau kenapa. Apapun, jika jerawat semakin teruk, jangan teruskan sebab kesannya tak mungkin sama untuk semua kulit.

      Delete
  29. Untuk kulit yang kering dan byk bekas jerawat boleh guna x nona white fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kulit yang kering mungkin tidak sesuai gunakan nano white fresh. Sis boleh cuba nano white, tapi pastikan rujuk pada label yang disediakan di produk tersebut ye.

      Delete
  30. Ape perbezaan nano white yg bnyk colour tu? Leh spe2 terangkan x.. sy confused nk beli yg mne.. muka sy bermnyk pastu ad jerawat sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanowhite di atas yang saya guna ni sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak. Nanowhite yang putih tu untuk kulit biasa yang tiada masalah. So, kalau ada masalah sama macam saya boleh guna yang diatas.

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.