Breaking

Thursday, July 14, 2016

#OOTD Raya Dengan Jubah Dari Zalora!


Assalamualaikum!


Kiranya ini koleksi baju aku yang pertama dengan Zalora! Memang hajat di hati nak cari jubah je kalau ada rezeki. Tinggi macam aku ni senang sarung jubah je terus! Tu yang rambang biji mata ni bila tengok beribu-ribu lemon koleksi jubah murah dan menarik di Zalora ... ambik masa berhari-hari jugak la aku dok usha dalam laman web tu!

Target aku nak cari jubah yang cantik, murah dan nampak sesuai dengan ketinggian 169cm. Yang penting selesa bila aku pakai dan boleh dipakai ke pejabat. Boleh pakai untuk formal dan santai. Takmo corak yang 'sarat' dan takmo batu bata segala atas baju ... haha :p



Baju yang dinantikan pun tiba! Lama dah sampai sebenarnya, sebelum puasa tapi baru sekarang la aku nak update ha hehehe ..dan raya baru-baru ni je la aku bergaya sakan dengan jubah dari Zalora ni. Beli? Eh takkkk ... aku guna baucar RM100 je hari tu hehe ...alhamdulillah rezeki dari blog ;)

Kenapa aku pilih jubah ni? Sebabnya aku suka motif batiknya, dan aku takda lagi jubah batik macam ni. Boleh pakai pergi pejabat hari Khamis kan hehe ;)


Aku pilih yang ni! Slim giler model dia kan ;P


Model ni pakai saiz S dan tinggi dia 189cm. Boleh tengok kat 'Details' di bawah tu ...ishhh kalau aku amik saiz S kang kecik sangat la pulak. So, aku amik saiz L la. Ada banyak warna sebenarnya tapi yang sesuai ngan kulit aku ni warna ni la.

Lagi satu, aku suka kain dia jenis kapas (cotton) ... memang lembut, selesa dan tak mengecut walaupun basuh banyak kali. Jahitan biasa biasa je ... boleh leeee





Sebelum raya aku pakai sekali gi opis, kemudian terus jadi baju raya aku la hehe. Paling best, jubah ni boleh dipadankan dengan banyak pilihan warna shawl! Aku boleh padankan dengan warna coklat, biru dan kuning langsat. 

I likeeeeeeeeeeeeeee ;)





Labuh jubah ni just nice dengan ketinggian aku. Tak singkat macam jubah-jubah aku sebelum ni ... kalau tak, macam pakai skirt pulak rasanya hahaha. Harga pun murah hanya RM89 kat Zalora, tapi baki RM11 aku tu burn la huhu ...

Ok tak? Lepas ni jubah ni aku boleh pakai pergi opis atau pakai untuk majlis kenduri dan yang sewaktu dengannya. Thank you Zalora! ;)


10 comments:

  1. Tingginya..boleh jadi model modelan ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. model kena tinggi lagi dari ni ... saya baru cukup2 makan je hehehe

      Delete
  2. orang badan slim senang beli online...mcm akak ni,salah beli,habislah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak kak ... kadang2 kena pilih betul2 saiznya, kalau salah pilih pakai jubah macam pakai skirt kang hehehe

      Delete
  3. Lawa.. pilihan yang bagus :)

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat.. Memang nampak effect slim gitu.. Nak kene cari jugaq ni, ade lagi x? Hikhik~

    ReplyDelete
  5. sgt cantik, anim!!!
    org tinggi memang senang cari baju.
    tak payah dah nak alter.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.