Breaking

Wednesday, August 03, 2016

Anak Tak Suka Makan Sayur? Bagi Mereka VGKids!


Assalamualaikum!


Ada orang kata anak tak makan sayur tu sebab ibubapa diaorang masa kecik-kecik dulu pun tak makan sayur hehehe. Tapi bila dah ada anak sendiri baru tahu betapa 'azab'nya nak suruh diaorang makan sayur! T_T


Dan kerana itulah aku kagum tengok kesungguhan ibubapa yang rela berpenat-penatan di dapur semata-mata untuk siapkan bento sayur yang comel sebagai bekal sekolah anak. Sayangnya ... anak-anakku bukan yang jenis nampak comel nampak cantik terus ngap! Diaorang kena scan dulu makanan apa tu, asalkan bukan sayur baru dia makan T_T




Hazwani dan Hazmira dulu memang tak makan sayur! Sekarang ni alhamdulillah Hazwani dah boleh telan sikit-sikit sayur bayam merah. Yang Hazmira langsung tolak! memang 'alah' dengar perkataan sayur atau tengok benda warna 'hijau' dalam lauk! Memang dia rela makan nasi lauk kicap aje la. Paksa pun takda gunanya ... lagi kita paksa lagi dia menolak! Hias la macam mana cantik pun sayur tu atas pinggan, mesti kuis letak tepi balik T_T

Ibubapa mana tak risau tengok anak punya selera makan bukan ke arah yang sihat. Makan buah-buahan payah ..makan sayur-sayuran payah! Sedangkan masa baby dulu, aku gigih lenyekkan lobak merah dan brokoli dalam bubur mereka, tapi bila dah besar ..dah pandai memilih makanan, apa lagi ... memang allergic terus tengok sayur warna hijau T_T


Bila anak kurang makan sayur ...

Faham-faham je la bila nutrisi tak cukup dalam badan, kita akan jadi cepat letih dan tenaga pun kurang. Kesan lain termasuk :

  • Lemah daya tahan fizikal
  • Mudah stres dan lesu
  • Mudah diserang demam & selsema
  • Gangguan sistem pencernaan
  • Meningkatkan risiko rabun
  • Meningkatkan risiko tekanan darah
  • Gusi mudah berdarah
  • Sembelit
  • Meningkatkan risiko diserang kanser
  • Muka berjerawat
  • Obesiti dan bermacam lagi masalah lain boleh berlaku...




Beginilah Mira setiap hari bila balik dari sekolah. Masuk kereta terus lena! Penat memang penat, sebab tu aku gigih masak lauk sayur setiap hari ataupun hidangkan dia dengan buah-buahan, tapi tu la ... memilih sangat! T_T


VGKids Untuk Anak-anak Yang Tak Makan Sayur!

Macam-macam cara, macam-macam trick aku buat kat diaorang pujuk makan sayur. Nasihat, hias bento comel, tunjuk kartun popeye makan sayur, sorok sayur dalam nasi (haha yang ni memang drama kelakar) dan macam-macam lagi cara la ...hehe. Tapi akhirnya diaorang 'menang' T_T

Namun, misi ibu belum berakhir! Aku dipertemukan dengan VGKids yang diperkaya dengan sayuran dan buah-buahan terpilih diproses menjadi jus sayur yang SEDAP & BERKHASIAT! Memang sedap la weh, aku sendiri pun minum VGKids ni hehe. Orang dewasa yang tak makan sayur tu ..boleh la try jugak ni! ;)




Ramuan aktif dalam VGKids adalah dari pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih digabungkan dalam satu botol untuk membekalkan nutrisi pada anak-anak kita. Aku try bagi kakak dan adik satu sudu, diaorang tak tahu pun yang VGKids ni jus sayur ... hehe.


Kelebihan VGKids

  • Anak lebih bertenaga
  • Susah nak diserang penyakit (demam / selsema)
  • Meningkatkan daya tumpuan belajar
  • Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda
  • Emosi lebih stabil
  • Kurang mengantuk ketika dalam kelas
  • Anak lebih ceria
  • Meningkatkan selera makan






Mudah sungguh nak amalkan VGKids ni. Hanya 2 sudu setiap hari mengikut peringkat umur. Tak perlu susah payah nak bancuh, minum terus dari botolnya. Berbaloi dengan isipadu 400ml, boleh kongsi dua beradik. Anak-anak boleh dapat khasiat terus dari setiap suapan tanpa perlu ada adegan pujuk memujuk hehe.

Selain tu ia selamat, halal dan keluaran bumiputra ye. Kanak-kanak, lelaki dan perempuan hatta orang dewasa juga boleh amalkan VGKids ni. So, kalau korang memang tak makan sayur boleh gantikan dengan VGKids.




Dan, yang paling penting niat kita nak bagi yang terbaik untuk mereka. Kualiti terjamin dalam penghasilannya, tiada bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan anak-anak kita.

Berminat nak cuba VGKids untuk si manja? 


Harga VGKids (400ml) : RM49/sebotol


Kos pos : (RM6/Semenanjung)/(RM9/Sabah&Sarawak)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :








27 comments:

  1. Menarik ni.. anak2 ikut mood nk mkn sayur ni.hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu la pasal. Kadang-kadang ada mood pun diaorang tak pandang sayur tu hehe

      Delete
  2. budak2 mmg susah makan sayur.. ok la kalau dah ada tmbahan mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu nak kena pandai 'psiko' diaorang supaya makan sayur. Salah satu cara yang berkesan ialah dengan VGKids ;)

      Delete
  3. alaaa kalau kita pun kene makan la cannie..sama tak makan sayur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha orang dewasa pun boleh makan kalau jenis yang tak makan sayur .. no problem! ;)

      Delete
  4. Alternatif utk ank2 yg makan sayur. Good one. Boleh suggest kat kakaak mimin

    ReplyDelete
  5. Mikhail pun tak makan sayur kak..haha. kecik2 dah pandai memilih..tapi dkna bagi dia vgkids ni, siap teguk ngan botol lagi.. kemain sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la ..tengok hero kecik tu kemain tonggang botol :p

      Delete
  6. alternatif untuk kanak-kanak mendapat nutrien dalam sayur-sayuran. Nak 'membuang' pun senan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis ..yang penting dalaman diaorang sihat dan dapat nutrisi yang diperlukan badan ;)

      Delete
  7. bagus nya ada produk sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ..beruntung budak-budak sekarang kan kak :)

      Delete
  8. bagus ada ni, ada juga alternatif jika anak tak suka sayur

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak ... beruntung budak sekarang kan :)

      Delete
  9. Bagus ada vit mcm ni...sama lah abam QI tu pun dah besar dia plak tentukan apa yg nak mkn dlm pinggan...dulu masa baby umi lenyek brocolli masuk mulut...laaaaa ni nampak brocolli dia lariiiiiiiii hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe ju, pasni kalau bagi dia VGKids tak lari dah insyaAllah hehe

      Delete
  10. Anak2 ni mmg pandai... bila bab sayur boleh scan dulu utk detect sayur kan hehee... mmg bagus dan mudah bila ada VG Kids ni.. anak2 pun happy!... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha gitu la ..budak-budak sekarang memang cerdik! VGKids memang memudahkan betul la ...anak happy ibu lagi happy! :)

      Delete
  11. Bagus lah ada produk camni. Tetiba rasa nak try jugak sebab kite pun tak suka makan sayur..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha orang dewasa pun boleh amalkan VGKids ni sis, takda mudarat insyaAllah :)

      Delete
  12. wahhh.. kakak2 pun suka dgn rasa vgkids ya.. gd for u gals.. balik sekolah nanti x penat sangat. ada lebih tenaga.. jgn lupa minum susu juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak, bertambah-tambah la tenaga diaorang pasni :)

      Delete
  13. dah la x mkn sayur.. dah tu tengok anak kurus je dia mcm x cukup khasiat... nasib la VG kids ni sedap.... anak2 boleh telan lg.. kalau sayur jgn harap la depa nk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau takpe sis, memang mencabar dulu nak pujuk dia suh makan sayur. Sekarang ni hanya tuang dalam sudu suap terus dalam mulut sendiri ..mudah keje :)

      Delete
  14. Mmg 'bercinta' nak suh anak anak makan sayur huhu. Boleh laa cuba beli yg ni plak

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.