Breaking

Friday, October 07, 2016

Tukar IC Tentera kepada IC Awam di UTC Keramat


Assalamualaikum!


Tolong jaga kad pengenalan korang baik-baik. Jangan bagi hilang, jangan kasi rosak, jangan bagi pada orang yang tak dikenali dan kalau masih guna kad pengenalan yang lama, sila tukar pada yang baru. Oh, tu pesanan tuk aku jugak sebab masih belum tukar pada IC yang ada dua gambar tu hehehe.

Ada yang tertanya-tanya, macam mana prosesnya nak tukar kad pengenalan ni? Yang tu senang je. Korang boleh pergi ke JPN yang berdekatan atau buat di UTC berhampiran. Tapi, macam mana nak tukar kad pengenalan tentera kepada kad pengenalan awam? Haaaa .. yang tu kejap lagi aku ceritakan yek.



Sekarang ni, orang tak suka jalan jejauh. Dengan jalan jemnya, dengan panasnya, dengan masa menunggu yang lama ... memang menyusahkan! So, untuk memudahkan kerja kita buat aje di UTC berhampiran seperti di UTC Keramat ni. 

Cara ke UTC Keramat

Naik LRT je. Ia terletak bertentangan dengan stesen LRT Damai. Dari sana ada laluan jambatan penghubung terus ke UTC. Korang tak perlu melintas jalan di tengah panas buta hehe.




Ok, proses nak tukar kad pengenalan tentera kepada awam ni senang rupanya! Memula gi kat kaunter minta borang permohonan kad pengenalan. Isikan butiran dan jangan lupa sertakan sekali salinan surat beranak dan keperluan lain. Orang tentera mesti tau ni kan hehe.


contoh borang


Ok, pastu moh kita cari tempat duduk dan tunggu nombor dipanggil. Cik abe kata tak perlu tunggu lama, staf kat kaunter cepat buat kerja. Sebab tu elok datang pagi-pagi.

Korang tak perlu bawa gambar ukuran pasport sebab kat sini disediakan bilik untuk ambil gambar. Kalau korang nak fotostat dokumen pun boleh, ada kedai fotostat kat dalam UTC ni. Tapi sehelai dia kira 40 sen! hohoho.


Menunggu nombor dipanggil


Bilik ambil gambar




Dah setel semua, nanti akan dapat slip seperti di atas. Slip original ni kena simpan untuk tuntut kad pengenalan awam dalam tempoh 2 minggu di kementerian pertahanan. Buat masa ni, itulah 'kad pengenalan' sah sementara menunggu kad pengenalan awam siap. 

Penukaran kad pengenalan ini adalah percuma, kecuali kos fotostat surat beranak tadi hehe. Ambil gambar tu pun percuma! Taapiiiii kalau hilang kad pengenalan, takda lagi percuma ye. 


Bayaran Untuk MyKad Hilang




Dua benda kena jaga, jangan hilangkan MyKad dan jangan kena saman polis ... hahaha.

Sekian.


4 comments:

  1. kena jaga betul lah IC ni..nengok caj tu, kering tekak telan aiklio jugak dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Hahaha ic kena jaga btol2 ..kan hilang nanya nak buat baru nak kena bayar bagai..mahal oiii..tq nim kongsi ..

    ReplyDelete
  3. Lewat tukar ic tentera ke awam hampir 6tahun berapa harga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.