Breaking

Thursday, December 15, 2016

Karpet murah bawah RM100


Assalamualaikum!


Sunyi sepi blog aku 2 hari ni. Asyik kelaut aje mood nak menaip. Dalam kepala banyak benda nak cerita, tapi mata ni hanya mampu pandang je la laptop dari jauh. Tiba-tiba mata ni terpandang karpet. Ahaaa .... aku tau dah nak citer ape! 😂

Kadang-kadang kalau lalu depan kedai karpet Pakistan tu kan, berkenan juga tengok warna karpet dia. Ada sekali tu, aku ngan Pak Jelan saja la kan tanya harga karpet kat booth dalam Tesco tu. Sekali bhai tu cakap, "seribu lima ratus bang ..." alamakkkkkkk! melompat kami keluar dari situ haha.



Aku bukan brehi sangat ke karpet, tapi kalau dapat beli yang murah dan berpatutan apa salahnye ye dak. Nak jadi rezeki, kami dapat beli karpet dengan harga RM65! Homaiiii ...giler tak nak! kat rumah ni pun karpet memang dah nak kena tukar. Karpet yang lama ni bahagian bawah dia licin, senang beralih so kena 'tahan' dengan kaki sofa. Lama-lama berbekas la karpet tu kan.

Walaupun karpet ni murah tapi dia ada ciri-ciri yang aku suka, iaitu tebal dan lembut. Paling penting, bahagian bawah ada lapik getah so takda la karpet beralih kalau kita duduk atau pijak dia kan😀 





Saiz karpet ni kalau tak silap aku 6x4, harga RM65 ...amacam, berbaloi tak? ke ada lagi yang lebih murah dari ni? hehe. Design ni Pak Jelan yang pilih, sebab nak letak kat ruang tamu so kena kasi warna-warni sikit heeee. 

Kat mana aku beli? Aku beli kat depan Tesco Ampang kat deretan kereta yang parking tepi jalan tu. Kalau korang lalu situ, korang boleh nampak orang meniaga kat tepi jalan keluar Tesco Ampang. Ada kereta yang display karpet kat situ, korang boleh cari dia disana. Budi bahasa pun baik je akak tu ... kita pun jadi suka nak membeli kat dia.

Perghh makin laju aku menaip, makin laju hingusku nak keluar haha. Mata pun dah kuyu ni, moh le kita tido atas karpet baru huhuhu ...


1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.