Breaking

Wednesday, December 07, 2016

Sah 13 Disember 2016 Cuti !


Assalamualaikum!


Melalui mesej yang diviralkan baru-baru ini mengenai cuti umum kelepasan Am pada 13hb Disember 2016, telah mengundang rasa tak keruan dikalangan netizen. Mana taknya, cuti sampai hari Selasa ... sapa tak mau 😅

Maka, bermacam-macamlah versi mesej yang viral di media sosial. Sampai ada yang kaitkan dengan hari pertabalan Agong! Hishh ... kalau bab cuti laju je umum ye 😏




Bagi merungkai persoalan samada pengumuman cuti pada 13hb Disember 2016 ini benar atau palsu, hari ni KSN telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ni. Tentu korang pun dah tahu pasal ni kan 😀




Haaa kan, maka dah jelaslah ye 13hb Disember tu bukan cuti umum seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni. 

Habis ... dah aku tulis tajuk 13hb Disember tu sah cuti?? cuti mana pulok? Haaa tu cuti kelepasan Am untuk NEGERI SELANGOR je diknon! Hari Ahad bersamaan dengan 11hb Disember 2016 adalah hari keputeraan Sultan Selangor, maka kelepasan Am pada hari tersebut akan beralih pada hari berikutnya. Dan hari Maulidurasul yang jatuh pada hari Isnin ,kelepasan Amnya akan beralih ke hari berikutnya yakni hari Selasa.

Tak faham lagi? Nah, aku kongsikan info ni yang diambil dari laman web rasmi kerajaan Selangor 😉



Selangor Cuti Ganti 13 Disember 2016

kredit : utusan online


"Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari Isnin merupakan cuti ganti tetapi memandangkan Isnin adalah cuti umum sempena Maulidur Rasul, jadi cuti bagi negeri Selangor akan digantikan pada Selasa. 

"Perkara ini terkandung dalam Pekeliling 10/2015 yang dikeluarkan hujung tahun lepas mengenai cuti-cuti umum bagi negeri Selangor tahun 2016," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.


So, bagi penjawat awam yang bertugas di Selangor sahajalah yang akan dapat menikmati cuti sehingga 13hb Disember nanti! hehe. Yang lain-lain cuti sampai Isnin je yek 😂

3 comments:

  1. Hahaha..terjawab sudah segala persoalan..berharap jugak berita nie btl..tp sah2 palsu..huhuhu

    ReplyDelete
  2. selesai sudah isu cuti... yang pasti cikgu tak yah bising sebab memang dah cuti sekolah... hehe

    ReplyDelete
  3. hi, saya datang singgah sini sambil follow :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.