Breaking

Sunday, March 12, 2017

Formula Wanita Cemerlang Sempena Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International


Assalamualaikum!


Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia! 

Bagi insan yang bergelar wanita termasuk diriku, pastinya Hari Wanita yang disambut pada 8 Mac setiap tahun adalah satu hari yang sangat bermakna buat kami, memperingati perjuangan dan pengorbanan serta menjadikan tokoh-tokoh wanita hebat sebagai inspirasi kepada wanita lain untuk meneruskan wadah perjuangan wanita. 

Untuk itu, masih belum terlewat kiranya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua rakan-rakan yang bergelar WANITA! 





Anugerah terbesar bagi seorang insan adalah bila dia dilahirkan sebagai wanita. Dan, fitrah wanita itu penuh dengan kelembutan dan kesopanan. Namun, disebalik kelembutan itu ada ketegasan dan kekuatan yang tersembunyi. Di sisi Islam juga, wanita diangkat dan dimuliakan dengan kedudukan istimewa kerana peranan besar mereka dalam bidang sosial, budaya, ekonomi dan politik.

Kemeriahan sambutan Hari Wanita Sedunia 2017 telah disambut dalam satu majlis anjuran Stellavingze International pada 8 Mac lepas bertempat di Melilea, Bangsar South. Untuk makluman korang, Stellavingze International diasaskan oleh Datuk Stella Chin, seorang usahawanita berjaya, seorang isteri, ibu dan anak yang penyayang. Dalam bidang profesional, beliau merupakan usahawanita cemerlang dan pernah memenangi Third Annual World Outstanding Chinese Female Entrepreneur Award.

Datuk Stella Chin berpendapat, ramai wanita di luar sana yang berada dalam dilema samada untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan melupakan cita-cita atau mengejar impian sendiri dan mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Namun beliau percaya, setiap wanita mempunya hak untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.





Melalui Stellavingze International, beliau sedia membimbing dan membantu para wanita mempersiapkan diri mereka, meningkatkan penampilan dan kebijaksanaan diri, menonjolkan kelebihan dan kekuatan wanita supaya mereka boleh mengubah kehidupan dengan mencapai kejayaan. Stellavingze International adalah platform unik untuk semua wanita mengembangkan dan mempamerkan keyakinan diri!

Untuk itu, di majlis sambutan Hari Wanita Sedunia kelmarin Stellavingze International berjaya mengumpulkan barisan wanita-wanita hebat dan cemerlang dari pelbagai lapisan dan pencapaian untuk berkongsi inspirasi kepada hadirin malam itu.



Antara barisan tetamu kehormat yang sudi berkongsi cerita dan inspirasi, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Binti Hj. Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang dan Miss Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.


Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikkian ; melahir, membesarkan, mendidik dan jugaa memberi sokongan. Tambahan beliau lagi, wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasa pada satu masa.

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.

Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi

Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga



Datin Azizan Binti Hj. Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai



Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan



Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang

Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. 

Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.

Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah.

Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran



Miss Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International

Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. 

Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International

Formula tersebut adalah :

Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip


Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami.



Demi mempersiapkaan wanita untuk membolehkan mereka mencapai cita-cita, Stellavingze International ingin mempelawa semua wanita untuk menyertai kursus dan latihan yang disediakan. Terdapat dua jenis kursus dan latihan yang disediakan, iaitu :

STELLAVINGZE SMART STAR 

*Peringkatan Nilai Kewanitaan*

⧭Objektif - Membantu wanita dalam mengurus :
  • Diri
  • Kerjaya
  • Perkahwinan
  • Keluarga
  • Anak-anak
  • Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah

⧭Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star :
  • Kelas Imej
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Pembentukan Minda dan Rohani
  • Pengurusan Rumah Tangga
  • Interaksi Bersama Anak
  • Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah


⧭Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 

  • Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia 

⧭Kelayakan: 
  • Pendidikan:Diploma / Ijazah 
  • Pengalaman:2 tahun ke atas 
  • Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang 

⧭Syarat-syarat kemasukan: 
  • Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita 
  • Perlu menjadi ahli Stellavingze International

Stellavingze Guiding Star 

*Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti*

⧭Objektif:

1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan 
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya 
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya 

⧭Stellavingze Guiding Star menyediakan:
  • Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. 
  • Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran. 
  • Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

⧭Kursus dan Latihan: 

➥ Kelas Imej Perniagaan 
➥ Latihan Skill Perniagaan 
➥ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA 
➥ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan 
➥ Kelas Pengurusan Perniagaan 
➥ Kelas Kualiti Kepimpinan 

⧭Kelayakan Penyertaan: 

Pendidikan : Ijazah 
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih 
Umur: 25 - 60 tahun




Jadilah wanita berinspirasi dan menginpirasi orang lain... SELAMAT HARI WANITA!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari : http://www.stellavingzeinternational.com/malaysia/

1 comment:

  1. terasa bangga dan bertuah dilahirkan sebagai wanita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.