Breaking

Tuesday, October 17, 2017

Pengalaman Pergi TT Jam @ Kelana Jaya


Assalamualaikum!


Malam Jumaat lepas kitaorang lepak kat kedai mamak sehingga jam 1 pagi! Hah ko gila ape? Aku tak gila, ini memang betul-betul punya kejadian haha! Biasanya malam Jumaat aku dah siap-siap berselubung dalam selimut dengan anak-anak sambil layan movie kat rumah. Tapi malam tu aku dan Mira 'melepaskan' segala kenikmatan beristirehat semata-mata nak tengok koleksi diecast car yang menjadi tarikan pengunjung setiap hari Jumaat dan merasai sendiri kemeriahan TT JAM di sini.


sumber : google


Restoran mamak Jamal Mohamed ni siangnya takda beza dengan restoran mamak lain. Tapi bila tiba Jumaat malam, restoran ini akan bertukar menjadi 'syurga' bagi penggemar tegar koleksi kereta diecast! Suasana akan berubah dan meja-meja makan akan dipenuhi dengan susunan kereta-kereta mini yang dibawa oleh seller/collector berbagai jenama seperti Hotwheels, Tomica, Matchbox, Green Light dan koleksi racing seperti Racing Champion dan banyak lagi! 

Apa itu TT JAM ?

TT tu ape? TT tu maksudnya "Teh Tarik" means macam Teh Tarik session la. Dalam konteks TT JAM yang aku pergi ni maksud TT macam gathering terbesar untuk pengumpul-pengumpul kereta diecast dari pelbagai lapisan masyarakat datang untuk melihat/membeli koleksi diecast car yang dipamerkan sepanjang sesi TT JAM berlangsung.

So, kat TT JAM ni lah korang dapat lihat bagaimana diecast collectors bersatu dan berkumpul untuk berkongsi ilmu tentang dunia diecast sambil 'cuci mata' tengok koleksi diecast yang dijual malam tu.




Rupa-rupanya disinilah Pak Jelan menghabiskan malam Jumaatnya, berkumpul dengan kawan-kawan diecast dia sambil menjual, berkenalan dan menambah ilmu tentang dunia diecast. So, aku memang tak risau lah nak 'lepaskan' dia sebab aku tahu mana nak cari dia hehehehe.

Malam tu kami sampai di kedai mamak ni dalam pukul 8 lebih. TT JAM ni bermula pukul 10pm ke atas. Meja-meja makan mula dikosongkan untuk memberi laluan pada seller menyusun kereta-kereta diecast mereka. Yang mana dah biasa makan kat sini, memang fahamlah. Tapi biasanya pelanggan akan dimaklumkan untuk mengosongkan meja sebelum pukul 10pm. 

Bermula jam 10pm, kemeriahan TT JAM pun bermula! Orang ramai mula memenuhi disegenap ruang untuk melihat koleksi diecast yang dipamerkan. Memang havoc malam tu! Sambutannya meriah, barangkali kerana minggu tu minggu gaji (gaji awal) kan hehe. 











Kat TT JAM ni diaorang bukan setakat jual kereta je, tapi ada tayar juga! Korang ingat orang lelaki suka tukar tayar kereta besar je ke? Diaorang pun 'gila' tukar tayar kereta kecil tau haha! Tayar kecil ni affordable sikit berbanding 4 tayar besar tu kan heeee 😋

Yang mana geng suka custom kereta tu memang inilah keja diaorang, bukak tayar tukar tayar pasang tayar. Aku pun naik khusyuk tengok macam-macam jenis tayar kat meja tu tapi tak boleh pergi dekat nanti kena himpit hehe.









Aku cuba untuk ambil gambar di setiap meja, tapi memang tak boleh nak 'tembus' sebab kaum Adam sangat ramai disitu huhu. Kalau dilihat pada gambar-gambar, boleh dibilang dengan jari berapa kerat je orang perempuan hehe. 

Tapi yang bestnya, ada ibubapa yang support anak-anak mereka dan bawa mereka ke sini melihat sendiri koleksi diecast. Daripada anak-anak buat aktiviti yang tak sihat di luar, lebih baik mereka berkongsi hobi dengan ibu atau bapa. Anak dan bapa sama-sama kumpul kereta diecast, dan bila ada gathering macam ni sama-sama pergi untuk tambah koleksi dan tambah ilmu. 

So sweetttttttttttttt!

Untuk makluman, TT JAM bukan setakat di Kelana Jaya ni je, tapi ada di seluruh Malaysia mengikut harinya. Nanti aku sharekan senarai penuh TT JAM @ Gathering Kelab Diecast dalam entri lain pula ye.




Disebabkan terlaluuuuu ramai kaum Adam disitu, akhirnya aku buat keputusan duduk ajelah kat kerusi aku tu. Tak berani nak pergi tengok dari meja ke meja lagi, takut berlaga punggung haha. Mira pun masa ni mata dah kuyu sebab mengantuk tak tidur dari siang hehe. Apapun, TT JAM @ KELANA JAYA ni memang havoc dan happening!


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.