Breaking

Wednesday, January 10, 2018

Pekeliling : Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Untuk Pegawai Wanita Mengandung


Assalamualaikum!


Tahun 2018 adalah tahun bertuah bagi penjawat awam wanita terutama pegawai wanita yang mengandung, kerana kerajaan telah mengeluarkan satu pekeliling berkenaan dengan perlaksanaan kebenaran pulang awal satu jam yang telah pun berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

Pelaksanaan pekeliling ini bukan sahaja memberikan kemudahan pulang awal kepada pegawai wanita yang mengandung, tetapi turut diberikan juga kepada suami tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan dalam pekeliling.

Inisiatif kebenaran pulang awal satu jam ini adalah demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita serta membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan.




Pelaksanaan - Pegawai Wanita Yang Mengandung

  • kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak
  • kemudahan ini diberikan kepada pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas
  • pegawai wanita dibenarkan menggunakan kemudahan ini bila-bila masa bermula apabila usia kandungannya masuk lima bulan
  • kemudahan ini akan berakhir sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau bermulanya tarikh Cuti Bersalin mengikut mana yang dulu
  • kebenaran kemudahan ini adalah berdasarkan daripada permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. Pegawai perlu mengisi borang permohonan yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borang tersebut perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat

Pelaksanaan - Pegawai Lelaki (Suami)

  • Pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang juga merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas
  • isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan dan telah mengisi borang permohonan yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan

Perlu diingat, pegawai yang menggunakan kemudahan kebenaran untuk meninggalkan pejabat bagi tempoh empat jam dianggap telah menggunakan kemudahan pulang awal satu jam kerana pengiraan tempoh tersebut adalah termasuk tempoh penggunaan kemudahan ini.

Pada bulan Ramadan, pegawai boleh memilih untuk menggunakan samada kemudahan pulang awal satu jam atau WWB bulan Ramadan seperti biasa.


Peraturan kerja lebih masa (O.T)

  • Pegawai yang memilih untuk menggunakan kemudahan ini tidak boleh membuat tuntutan bayaran lebih masa bagi tujuan untuk menyelesaikan tugasan tertunggak kerana telah pulang lebih awal
  • Maksudnya, jika pegawai pulang awal pada hari bekerja biasa lalu perlu ke pejabat pada hari Sabtu atau Ahad untuk menyelesaikan kerja tertunggak, dia tidak boleh menuntut bayaran lebih masa untuk hari tersebut
  • Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk bekerja lebih masa selaras dengan peraturan kerja lebih masa yang berkuat kuasa. Namun, tuntutan bayaran lebih masa dibenarkan bagi kerja-kerja selain dari kerja-kerja tertunggak yang disebabkan oleh penggunaan kemudahan ini

So, kepada penjawat awam wanita yang mengandung sila ambil maklum ye. Jika kandungan yang hampir nak cecah lima bulan boleh lah ambil borang permohonan dari pegawai berkenaan, isi dan hantar seminggu sebelum tu. Moga kemudahan pulang awal satu jam ini memberi keselesaan dan menjaga kebajikan pegawai wanita terutama yang sedang melalui kehamilan.


Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017

3 comments:

  1. Too bad, it's not applicable to private sector.

    ReplyDelete
    Replies
    1. may be not now, but who knows one day may be ... like the 90 days maternity leave for the private sector ;)

      Delete
  2. Ada juga yang ambil kesempatan pasal pekeliling nie.. Bila baca sambil lalu je.. Pekeliling ini bagus pada yang benar-benar memerlukan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.