Breaking

Monday, February 18, 2019

Berendam seharian di Lubuk Manggis


Assalamualaikum!

Lama dah tak berendam dalam air sungai.
Walaupun anak-anak ada mengajak.
Tapi asyik takda masa je.
Tapi nak jadi rezeki diaorang, akhirnya sampai juga ke sungai!

Sekali masuk memang tak keluar.
Dari pagi kami sampai, makan dan tukar pakaian.
Anak-anak terus berendam sampai ke petang.
Sesekali keluar minta makan.
Lepas tu dia bantai kuak lentang hehe.



Ya Allah, damainya tengok air sungai yang mengalir.
Kagum dengan ciptaan Allah yang Maha Mencipta.
Kagum dengan aliran air sungai yang tidak berhenti mengalir.
Cuaca pula cerah namun tidak panas.
Mengizinkan pengunjung berehat sambil beriadah bersama keluarga tersayang.


Pondok kami berehat.

Potluck kami ... mihun goreng.
Keluarga lain pun ada bawa makanan masing-masing juga.
Memang tak perlu risau bab makan.
Yang risaunya bila mak pak jerit suh kuar dari sungai sebab nak balik hehe.



sebelum berendam kita makan dulu!


Keindahan alam dan kejernihan sungai.
Setelah sekian lama daku tak masuk sungai.
Bila di depan mata, takkan nak rendam kaki je kan haha.
Haruslah kita pun berendam sama wak!

Disebabkan kami sampai awal pagi, masih boleh mandi sesuka hati.
Bila dah masuk tengahari, orang pun makin ramai.
So time tu kita berendam je la hehe.



Idea kakak

Yang paling seronok dah tentu dua orang my kenit.


Yang sulung dah bawa diri dengan kawan-kawan dia,
Yang kecil tu mandi dekat-dekat je ngan kita.
Pandai dah berenang tu! hehe.
Suka benor dia berendam dalam sungai.
Kecut kulit pun takda dipedulinya.
Sejuk airnya pun bertahan juga dia




Bila dah petang, masa untuk balik.
Selagi tak dipanggil namanya, takda la dia keluar dari sungai tu.
Bila sampai rumah baru ditunjuknya jari-jari yang bercalar kena batu.
Sakit sana sakit sini sebab pijak batu dalam sungai.

Masa mandi tak cakap sakit pun haha.
Itulah keseronokan mandi sungai.
Teruja nak datang balik ke sini.
Tapi bila??
Yang tu belum pasti ...

Love,

Ibu

3 comments:

  1. ala...lama betul akak tak mandi sungai macam ni hah...kalau dulu,zaman kecik² selalu berkubang kat kampung...mesti sejuk amat kat situ kan

    ReplyDelete
  2. alamak, Nim.
    aida pun lama nyer lah tak berendam dlm sungai.
    anak2 rasa nyer tak pernah lagi kot. aduhai...
    kesian anak2 ku, Nim.
    laut. pool. dah selalu.
    sungai ni rare lah bagi anak-anak aida. never!
    hmmmmm kena cari time ni, redah sungai.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.