Breaking

Friday, February 15, 2019

Sebenarnya bumi berbentuk ...


Assalamualaikum!

Aduhhhh! kecoh pasal isu bumi sfera atau rata.
Aku tak tahu hujah dan fakta mana diaorang guna untuk klaim bumi itu rata.
Tapi ada juga yang menyokong!

Bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain.
Pandangan kita dah tentu ada yang berbeza.
Tapi biasa la, yang sana mengecam disini.
Yang sini mengecam sana untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Dari sekolah rendah kita belajar bumi itu sfera.
Tapi orang sekarang pakai ilmu saja tak cukup.
Nak tahu bumi itu sfera atau rata kena tanya pada ahlinya.
Siapa ahlinya?
Angkasawan la!
Mujurlah Malaysia ni ada angkasawan negara.
So dialah selayaknya menjawab persoalan ini kan.


kredit : insta DrSMS


kredit : insta DrSMS

kredit : insta DrSMS

kredit : insta DrSMS


Alang-alang dah ada yang mencabar.
Memang tepatlah masa dan tempatnya.
Dijawab pula oleh orang yang ada ilmu dan penyaksian yang nyata.
Tepat dengan fakta saintifik dan kenyataan sebenar.
Mu nak kata apa lagi??

Pelik la orang kita ni.
Katanya hidup perlu Islamik.
Tapi orang kafir punya teori yang mengarut tu ko gi sokong.
Tahu tak siapa pendokong teori bumi rata ni?
Samuel Shenton namanya.
Agak-agak si Samuel ni ulama Islam mana ye?
Saintis Islam dari negeri mana?
Yang dok beria sangat sokong ni.

Vaksin tu pandai pulak ko tolak.
Konon ada konspirasi dari pihak tertentu nak 'jatuhkan' orang Islam.
Walaupun ulama dah terangkan dengan jelas, masih menolak.
Katanya vaksin tu orang kafir cipta.
Buat apa kita orang Islam nak ikut.
Habis tu? Samuel Shenton tu Islam ka?
Hahahaha!

Yang rata adalah hamparan bumi.
Tanah yang kita dok pijak dok berjalan ni.
Kalau tak rata, jenuh la kita berjalan asyik jatuh je kan.

Moga terjawab segala persoalan.
Kalau masih berdegil nak cakap bumi itu rata, lantak awaklah.

Bumi masih sfera,

Hanim

1 comment:

  1. hmmmm...
    baru tadi aida dgr satu video kat fb, Nim.
    soalan nyer ialah "boleh tak kita belajar direct dari al-Quran & Sunnah? tak nak la belajar dari ustaz. ustaz tu manusia, dia mungkin salah".
    jawapan nyer ialah seperti kita nak repair kereta la. takkan nak betulkan kereta yg rosak ikut manual. mesti nak anto ke kedai repair. situ kan ada pakar. pakar tu manusia. kenapa bab kereta kita tanya pakar, tapi bab agama, kita tak nak tanya pakar?

    dlm konteks SS dan bumi flat ni, aida ada inform anak2 aida.
    kita wajib berguru. kita wajib mengkaji dan refer kpd yg lebih pakar. kpd yg ilmunya lebih tinggi.
    s.muszaphar nak pun naik ke angkasa, siapa la kita nak menafikan apa yg dia lihat, kan?
    lagi nak suruh dia bersumpah la, hape la. ingat sumpah ni memain ke ekk?
    s.muszaphar sendiri kagum dgn kebesaran Allah. hingga dia sendiri kagum dgn kejadian ni.
    yg dok kat bumi ni tak kemana nak pertikaikan dia.
    huh, letih dgn citer si SS ni, Nim.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.