Breaking

Monday, March 04, 2019

Berpanas berhujan demi bola jaring


Assalamualaikum!

Sukan yang kakak minat selain badminton. Pernah dia terpilih untuk wakil sekolah masa darjah 4 tapi ayahnya tak benarkan sebab keputusan peperiksaan dia tak memuaskan masa tu. Kecewa bukan kepalang anak dara tu. Tapi syaratnya dah dipersetujui dan tanpa kompromi.

Bukan niat nak menghalang minat dia, tapi kami kena bertegas sebab pelajaran sangat penting. Bila ibubapa jenis exam-oriented ni begitulah agaknya kan hehe. You can play tapi mesti pandai bahagi masa untuk belajar dan berlatih. Jangan merungut penat dan sebagainya, sebab sukan itu pilihan, manakala belajar itu wajib. Jadi bila tahun tu dia tak berapa 'perform' dalam pelajaran, kami terpaksa 'rehatkan' dia setahun.





Tahun lepas, kakak jadi pemain simpanan je tapi tahun ni peluang itu datang lagi. Cikgu lantik kakak sebagai pemain tetap dalam pasukan bola jaring dan mewakili sekolah, dan sekali lagi kakak menaruh harapan supaya ayahnya benarkan. 

Dua bulan sebelum perlawanan mereka berhempas pulas berlatih. Tak kisah panas, kulit berbelang dia tetap bersemangat nak menang pertandingan tu nanti. Kakak dapat posisi GK, memang sesuai la dengan tinggi dia pun hehe.  

Baru-baru ni, sekolah kakak dapat sampai ke peringkat separuh akhir peringkat daerah Petaling. Pencapaian terbaik yang pernah sekolah capai dalam sukan bola jaring. Tak sia-sia diaorang berlatih bersungguh-sungguh sebelum ni. Syukur sekolah kakak dapat tempat ketiga dalam kejohanan tu.





Dah puas bermain, lepas ni kena fokus pada pelajaran. Fokus untuk UPSR dan PSRA. Kulit yang berbelang tu nanti kita sama-sama putihkan balik ye hehe. Tahniah kakak dan pasukan sekolah atas kemenangan ini. Moga korang semua teruskan kecemerlangan untuk peperiksaan besar bulan September nanti.

Love,

Ibu

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.