Breaking

Friday, March 08, 2019

Kawan atau Tanggungjawab?



Asalamualaikum!

Lama tak cerita pasal my kenit yang nombor dua tu. Banyak cerita pasal Mira ni, ada sedih, ada kelakar, ada marah, ada lawak! Haaa my kenit ni memang pakar buat lawak. Kuat merajuk tapi boleh melawak hehe.

Baru-baru ni dia mengadu teruk pasal kawan dia bising dalam kelas. Ni kat sekolah agama ye. Faham-faham je la bila bercampur murid lelaki dan perempuan, memang payah nak dapat kelas yang senyap.

So, si Mira kan pengawas. Bila ustaz ada hal atau takda dalam kelas dia ditugaskan jaga kelas. Mira mengadu kelasnya ya Allah ...bising yakmat mamaaa! Pening kepala Mira kalau kelas bising ni! Disuruh diam takmo. Ditegur dimarah taknak dengar. Last-last ustaz suruh Mira tulis nama siapa yang bising dan ustaz akan rotan.





Si Mira ni jenis tak kira kawan. Siapa je bising dia akan tulis nama. Takda main 'kabel' ye hehe. Kawan tak kawan, ko bising aku suh diam tapi ko melawan. Siap la ko! gituuuuu kekdahnya hehe.

Bila ustaz dapat tahu siapa bising, ustaz panggil satu persatu nama pergi depan dan ustaz rotan. Natijahnyaaaaaaaaaaa! Mira dibenci oleh kawan-kawannya. Baik budak lelaki mahupun pempuan, yang nama kena tulis dan dirotan ustaz semua benci kat Mira.

Fuh! bukan takat tu je. Diaorang siap menjeling, tak nak bercakap dan berkawan ngan Mira dan segala macam body language yang menunjukkan tanda protes dan tak puas hati hehe. Balik masuk kereta Mira mengadu...kawan dia tak nak kawan dia dah.

Macam yang aku selalu pesan pada kakaknya dulu, sebab benda ni akan berulang. Benda yang sama pernah berlaku pada kakaknya dulu. Balik rumah kemurungan kejap sebab kawan menjauhkan diri. So, apa aku cakap pada Mira??

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Biarlah kawan awak benci awak. Bencinya takkan lama. Benci mereka pada awak sebab awak buat benda yang betul dan mereka tahu mereka salah. Tapi mereka marah sebab awak buat benda yang sepatutnya iaitu tulis nama mereka yang bising. So kalau kita tak buat salah, tak perlu takutttt! Tak perlu risau hilang kawan. Sebabbbbb macam yang ibu selaluuuuuu kata kat kakak awak, besok lusa diaorang akan datang balik kat awak ... percayalah cakap ibu.

Dan ramalanku benar belaka! Dua hari lepas tu, Mira balik dengan muka gumbira bagitau, mamaaa..kawan adik yang bising aritu dah minta maaf kat adik tadi ma. Diaorang minta maaf sebab membawang pasal adik tulis nama diaorang kat sekolah pagi ma. Hahahahaha! Gelak besar kami dalam kereta :p jujurnya kawan-kawan awak tu ye, siap mengaku membawang pasal awak. Tapi bila orang dah minta maaf kita kenala memaafkan dan berkawan dengan diaorang balik. Tapi kalau diaorang still buat bising jugak, awak kena jalankan tanggungjawab awak sebagai pengawas! 

Begitulah kehidupan kanak-kanak. Dari dulu sampai la bila-bila pun, benda ni akan dilalui oleh semua. Situasinya mungkin tak sama, tapi konsepnya lebih kurang begitulah hehe. Kalau anak kita down disebabkan oleh kawan-kawan dia, kita kena tahu apa masalahnya dan tunjukkan dia bahawa it's ok kalau dia sedih. Kita kena bagitau dia bahawa tanggungjawab dan amanah itu lebih penting dari kawan-kawan. Bila kita jalankan tugas, kita tidak pandang samada itu kawan atau lawan. Yang penting kita kena adil selalu tanpa mengira siapa dia.

So sekarang masalah dah setel. Mira happy dan ibu lega. Level konfiden dia datang balik, sebab kita bagitau dia benda yang dia buat (tulis nama kawan bising) tu adalah tindakan yang betul. Next time, insyaAllah tahulah dia nak handle kalau ia berlaku semula.

Love,

Ibu

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.