Breaking

Friday, March 01, 2019

Lagi 6 bulan nak UPSR!


Assalamualaikum!

Dah masuk bulan Mac, sedar tak sedar lagi 6 bulan je lagi kakak akan menduduki peperiksaan UPSR! Anak yang amik UPSR, ibu yang nervous ni ... acaner? hehe. Mana-mana ibubapa pun mesti ada perasaan yang sama bila anak-anak ada exam besar kan. Tahun ni kakak akan menduduki peperiksaan UPSR, dan dah tentulah ibu ayah mendoakan kecemerlangan buat kakak.

Memanglah tahun ni jadual kakak agak padat dengan pelbagai aktiviti. Dengan wakil sekolah bola jaringnya, dengan pertandingan kalam jamaie yang tak lama laginya, dengan belajarnya, dengan kelas tusiyennya, dengan kelas tambahan sekolah agama lagi ....haihhh bertabahlah ye kakak. Semua ni akan berakhir pada bulan September nanti insyaAllah.




Jadual belajar kakak bukan sahaja padat dengan homework dan tusiyen, tapi perlu hadir untuk kelas tambahan sekolah agama bagi persiapan untuk PSRA. Kelas tambahan pula setiap Sabtu, jadi letih atau tidak memang wajib pergi. Jadi kami kena berkorban sikitlah dan beri motivasi pada kakak untuk teruskan 'perjuangan' ini hingga ke hari peperiksaan sebenar.

Bila kakak tanya, mana lagi penting bu ... UPSR atau PSRA? Ibu jawab dua-dua sama penting. Kakak mempunyai peluang untuk cemerlang dalam dua-dua bidang. Kakak boleh pilih bidang mana kakak nak sambung belajar nanti. 

Penat tu memang penat. Ini pun kakak baru habis lawan bola jaring peringkat daerah. Sekarang nak kena kejar balik pelajaran yang tertinggal dalam kelas.

Apapun, ibu doakan segala urusan kakak dipermudahkan Allah swt. Moga kakak dan adik beroleh kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan dunia dan akhirat. Moga tercapai cita-cita kakak nak jadi doktor...kat Korea! aamiiinnn.

ngeeee~


Love,

Ibu

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.