Breaking

Wednesday, March 13, 2019

Pengalaman berharga sebagai AJK PIBG


Assalamualaikum!

Apa perasaan aku bila mula-mula dilantik jadi ajk pibg sekolah anak 2 tahun lepas? Janggal ... tak suka...kekok. Rasa menyesal pun ada masa tu sebab niat bersuara nak betulkan minit mesyuarat. Alih-alih namaku kena calon jadi ajk! Ramai pulak tu angkat tangan hahaha.

Tapi sepanjang 2 tahun ni, banyak yang aku belajar bila bercampur dengan ibubapa lain dalam pasukan pibg sekolah. Satu benda yang kita lakukan bersama-sama demi kepentingan semua pelajar termasuk anak-anak kita. Tak minta balasan apatah lagi bayaran sebab ikhlas nak bantu sekolah.

Pada aku la, bukan mudah jadi ajk. Kena ada persefahaman dengan ajk ibubapa lain, kena berbincang untuk sebarang program pibg dan kena aktif! Tak guna jadi ajk tapi takda sumbangan buah fikiran dan tenaga kan. So, 2 tahun punya tempoh ni banyak mengajar aku untuk bergerak lebih aktif di sekolah. Walaupun tak semua program sekolah aku dapat hadirkan diri, tapi cuba juga untuk sumbangkan idea bantu yang lain.



Inilah pengalaman berharga bagi diriku. Terima kasih sebab bagi aku peluang yang aku tak pernah sangka aku akan dapat hehe. Inilah jadi kenangan aku bila dah tua nanti. Kalau sempat menimang cucu, aku boleh cerita kat diaorang yang nenek diaorang pernah jadi ajk pibg satu masa dulu .... hahahaha! Pastu anak-anak cakap "poyoooooo je mama ni!" hahahaha.

Tahun ni aku dicalonkan lagi sebenarnya untuk sambung 'perkhidmatan' tapi aku bangun bangkang awal-awal lagi hahaha. Bukan tak nak tapi aku akan tetap sokong sekolah dalam apa jua program, cuma biarlah aku berdiri di belakang tabir gituuuuu hehe.




Walaupun cuma 2 tahun aku jadi ajk, tapi masih dapat award tuuuu! Alert la sangat ...dalam erti kata lain 'kuat komplen' nih hahaha. Tapi betul jugak tu, kalau dengar kat aku benda tak elok kat sekolah, laju je suarakan dalam meeting pibg hehe. 

Tapi niat kita cuma satu, nak yang terbaik untuk anak-anak kita sebab sekolah itulah dunia mereka sekarang. Kalau kita ibubapa tak beri sokongan pada program-program yang cikgu jalankan, siapa lagi nak sokong betul tak! 

So all the best to the new team! 

Bekas ajk pibg,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.