Breaking

Thursday, April 25, 2019

Kurang ajar kau Madi!!!


Assalamualaikum! Dari episod satu lagi aku memang sakit hati tengok citer ni. Tapi malam tadi membuatkan aku bertambah benci ngan si Madi. Dah sampai angkat tangan kat mak mertua tu dah kenape cetannnn! kan dah kena cetan haha! Menyirap darah aku tengok dia selamba tampar mak ecah tanpa rasa bersalah. Memang kurang ajarrrrr punya menantu! 

Dan lagi terserlah kebodohan si ecah. Dah tengok mak sendiri kena pukul pun ko masih nak taat lagi ka?? Dia hentam kau pun kau diam. Ni dia hentam mak kau, kau masih boleh suruh dia balik lagi??? Eeiii vongok sungguh la ecah ni. Dah kena ugut syurga neraka, terus ecah kecut perut. Heyyyyy apekejadahnya nak cakap pasal tu kalau Madi tu pun lebih neraka dari neraka jahannam. Suami kalau dah angkat tangan kat isteri apatah lagi pukul mak mertua layak lagi ke nak cakap pasal syurga neraka?? Hukum semua ni terpakai untuk suami yang baik dan beriman bukan macam Madi si penunggang agama tu. Mak tu dah kena pukul kena halau, barulah ko terkinja-kinja menyesal minta maaf. Vongok sangat eh!

sumber : google

Power of the hand...power kepala hangguk kau! Dah la rumah dan harta yg kau dapat tu dari hasil salah guna kuasa, ko tambahkan lagi dengan perangai cetan tu ye. Kesian budak budak tahfiz tu kena paksa kutip derma. Eeiii bila la ko ni nak kena tangkap sumbat balik masuk dalam penjara ha!



Yang Nur ni pun satu. Dah jadi benda tu ko nak marah suami ko takde gunanya. Punyalah baik si Adam siap bagi hint yang Juita tu cuba nak goda dia, cuba nak rosakkan rumahtangga tapi ehhh ko tak percaya! Sekarang ko dah terkenang-kenang Juita dgn Adam. Baru ada akai! Bukan adam je tapi Jojo pun tau niat busuk si juita tu tapi ko pergi marah dia. Dah jadi begini,ko cari balik si Jojo tu kan! Mujurla Jojo tu nasihat kau jangan bercerai dengan Adam. Kalau tak memang Juita menang laaaa. Eeeiiii geram aku ni! 


Yang aku tak faham kenapa Adam nak kena jumpa Juita. Dah tentu2lah dia takkan mengaku yg dia perangkap Adam. Cakap macam mana pun memang dia tetap mengaku Adam buat dia. So setakat pergi sana nak bertekak takda hasil ler. Tapi rupa-rupanya si Juita berpakat dengan Madi! Juita gila kat Adam dan Madi masih gila nak 'meratah' Nur. Vongok!

Cuma yg buat aku cool sikit bila Ayah Haji tak jadi jual Darul Mukhsin. Tapi siapa dermawan tu yek? Nak berahsia pulakkkk haha! Baru nak happy-happy, si Nur call mak Adam bagitau Adam kena tangkap polis sebab dituduh merogol. Kurang ajar punya Juita ikut plan si Madi tu la! Ayah haji baru nak senyum, bila dengar Adam kena tangkap terus dia rebah ke lantai! Assudah...ayah haji jangan meninggal pleaseeeee!

1 comment:

  1. Sebab tu akak x tengok..tp tertengok gak episode malam tadi...allahhhh....angkat tabgan kat bini mak mertua..jd dalang dngan juita...wujud ke orang macam ni kat luar sana...sakitnya hati....

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.