Breaking

Tuesday, September 10, 2019

Blog Aku dan Denaihati.com

Assalamualaikum! Diam tak diam dah hampir tujuh tahun aku dalam dunia blogging. Walaupun tempoh itu agak baru kalau nak dibandingkan dengan rakan blogger yang lain yang sudah berbelas tahun berkongsi cerita dan pengalaman,  namun kesempatan dan peluang untuk mengenali mereka selama ini menjadikan aku lebih menyintai dunia penulisan blog.

Dari awal pembabitan aku dalam penulisan blog, dari sekadar hanya suka-suka dan untuk mengisi masa lapang, namun kini blog telah menjadi salah satu platform untuk menjana pendapatan. Walaupun tidak banyak, namun ia adalah sesuatu yang tidak terjangka olehku pada masa tu. Tak dinafikan juga perkenalan dengan rakan blogger melalui blog-blog mereka adalah salah satu punca aku masih istiqomah sehingga sekarang.

Penulisan blog aku bermula pada tahun 2012, tapi aku mula aktif dua tahun kemudian dan event pertama yang aku join sebagai seorang blogger adalah Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB) anjuran Denaihati.com. Memang SBB dan Denaihati.com berpisah tiada. Siapa pengasas Denaihati.com? Dialah abg Amir Hassan, tapi masa tu aku kenal dia sebagai ‘Abg Denaihati’ hehe.


Selain SBB 2014, aku berpeluang join event beliau di SBB 2016. Itulah antara kenangan berharga aku sepanjang jadi blogger. Mula-mula join untuk berkenalan dengan rakan blogger yang tak pernah bersua muka lagi dan dari sinilah aku sedar betapa besar dan pentingnya SBB sebagai platform membentuk sillaturrahim sesama blogger. Buktinya, walaupun aku sudah jarang turun event, namun hubungan dengan rakan blogger yang dikenali sejak dari mula masih lagi utuh sehingga ke hari ini. Untuk itu, aku bersyukur dan berterima kasih pada Abg Denaihati a.k.a Hj. Amir kerana memberi peluang pada aku, blogger yang masih ‘hijau’ pada ketika itu.

Dan sebagai blogger baru pada waktu itu, penulisan Abg Denaihati a.k.a Hj Amir memberi ilham untuk aku memperbaiki kemahiran dalam penulisan blog. Buktinya, aku pernah join kontes penulisan entri blog anjuran beliau.

Beliau bukan saja pengasas Denaihati.com malah mempunyai team atau pasukan sendiri yang juga terdiri daripada blogger. Bukan saja tau, team Denaihati mempunyai portal beli-belah mereka sendiri iaitu denaisell.com. Korang bolehlah singgah ye!


Blogger always,
Hanim

1 comment:

  1. semoga terus maju dalam dunia blogging!
    terus menghasilkan entry2 yg terbaik.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.