Breaking

Friday, October 11, 2019

Kursus Tsunami & Gempa Bumi


Assalamualaikum! Tamat sudah kursus berkaitan tsunami dan gempa bumi hari ini. Alhamdulillah selain dapat belajar ilmu baru, aku juga berjaya kumpul lima hari dari tujuh hari berkursus seperti yang disarankan oleh jabatan. So lagi dua hari aku bercadang amik EPSA je.

Tsunami dan gempa bumi tidak termasuk dalam skop kerja aku secara rasmi, tapi memandangkan subjek ini tidak diajar secara lebih mendalam masa kursus asas enam bulan, maka semua yang diajar dalam kelas tu memang baru dan sangat menarik bagiku!



Walaupun subjek ni banyak melibatkan elektronik dan teknikal, dan aku akui agak sukar untuk difahamkan (sebab aku tak kerja di stesen dan jarang didedahkan dengan benda-benda elektronik) tapi gambaran kasar bagaimana alat dan perkakasan untuk amaran tsunami dan gempa bumi tu berfungsi ada la.

Kerja macam kami ni bukan sekadar cerap cuaca di langit, tapi juga bertanggungjawab dalam memberikan amaran Tsunami dan maklumat tentang gempa bumi yang berlaku di kawasan kita. Jadi subjek Tsunami dan gempa bumi ini memerlukan pakar yang berkemahiran mengedalikan perisian dan alat-alat tersebut.





Dan pelengkap kepada kursus ini ialah Boat Noodle! hehe. Sambil temankan kak Tun, aku tumpang semulut makan kat sini. Lega rasanya dah dapat lima hari dalam tangan. Lagi dua hari kita pulun EPSA je la ye. 

Minggu depan kita masuk kerja macam biasa balik. Ringan kepala otak sikit bila kursus dah hampir lengkap. Tahun depan nak cari kursus yang tarikh awal sikit, takda la serabut kepala bila nak dekat sampai hujung tahun kan.






Love,
Hanim

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.