Breaking

Wednesday, December 25, 2019

Burger 'Flawless'


Assalamualaikum! Dari kecilnya tak pernah sunyi dengan soalan. Apa saja dia pandang, apa saja dia lihat, apa saja dia baca pasti akan ada benda dia nak tanya kita minta pencerahan. Kadang-kadang soalan yang ditanya mampu menghubungkan sel-sel otak, tapi ada masanya soalan yang ditanya tidak masuk akal lantas tidak mampu terjawab oleh kewarasan minda ibu hehe.

Kejadian berlaku di sebuah restoran McD di Kuala Lumpur. Saja gatal mulut offer makan McD hari tu, sebab dah lama tak makan fast food. Memang dah biasakan diaorang kalau fast food tak boleh makan kerap sangat. Aiskrim seringgit tu boleh la, tapi burger tu sebulan sekali je. Itu pun kalau ada duit lebih haha.




Setibanya kami di situ, yang kenit Mira pergi kat touch-screen-menu untuk pilih pilihan makanan masing-masing. Kakak pilih McChicken dan ibu macam biasa peminat tegar Double Cheese. Mira tak minat burger ni semua, dia pilih nugget ciput 4 ketul tu. 

Kami duduk di tingkat atas, dan tunggu makanan sampai. Kiranya macam sesi lepak petang bersama my precious pearls. Sambil borak-borak, sambil layan-layan soalan diaorang. Tetiba terpacul soalan kakak...

Ma..kenapa burger kakak ni roti dia berbiji (ada white sesame) tapi burger mama flawless je?



Haaa hambik kau soalan dia hahaha. Gigih ibu menahan gelak, namun akhirnya tewas terbahak-bahak aku disitu hahahaha. Ya Allah...kenapalah selama ni ibu tak pernah terfikir akan perkara ini ye? Kenapa ye roti burger tu begitu rupanya? boleh tolong jawab tak soalan kakak ni? hehe.

Tapi yang buat ibu terbahak-bahak tu bukan soalannya, tapi terma yang digunakan kakak untuk roti burger tu.. Burger flawless...😂 betapa kecantikan dan wanita itu berpisah tiada kan haha. Dia nak kata flawless tu kulit roti yang licin tu la haha. Adoiii anak...😋.

Last-last ibu jawab, memang dah begitu menunya dari dulu lagi. Mungkin makan ngan roti berbiji(white sesame) tu burger McChicken jadi lebih sedap. Hahaha boleh jawab gitu? 




Love,

Ibu

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.