Breaking

Thursday, December 12, 2019

Keputusan UPSR Hazwani


Assalamualaikum! Hampir terlupa ibu nak masukkan cerita tentang keputusan UPSR kakak yang diperolehinya bulan lepas huhu. Takpe, hari ini ibu kasi cerita sikit tentang itu ya. Cerita ini adalah perkongsian tentang kegembiraan seorang ibu terhadap keputusan anak dalam UPSR. Satu benda yang semua ibubapa akan lalui bilamana anak mereka telah melepasi ujian UPSR. So, ibu abadikan coretan kegembiraan ini dalam blog ibu. 




Hari yang dinantikan telah pun tiba. Ibu dah dup dap dup dap sejak dari seminggu sebelum tarikh pengumuman. Kakak macam biasa tak menampakkan riak gementar di wajahnya pagi tu. Susah sikit nak nampak 'perasaan' dia ketika ni hehe. 

Lebih kurang pukul 9 pagi, ibubapa diminta berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat ringkas dan ucapan Guru Besar. Biasa la nak bagi darah gemuruh tu  hilang, ada la selitan ucapan gurau senda oleh GB. Tapi kami yang duduk di belakang ni ... aduhhh lagi kuat dup dap dup dap dia. 




Alhamdulillah, anak ibu dapat 3A2B1C untuk UPSR 2019. Ibu dan ayah sangat bersyukur dan bangga dengan pencapaian kakak. Kakak dah berusaha sehabis baik dan ibu memang tahu kakak boleh buat. 

Fuh! lega bila dah tau keputusan hehe.




Oh, keputusan PSRA pun keluar sehari sebelum UPSR dan kakak telah memperolehi Jaid Jiddan. Syukur dan alhamdulillah untuk keputusan yang cemerlang ini. 

Maka, tamatlah edisi UPSR kakak tahun ini. Lagi dua tahun kita jumpa lagi ye, giliran adiknya pula Hazmira nanti hehe. Pastu ibu pun dup dap dup dap lagi. Itu pun kalau masih ada nyawa la huhu. InsyaAllah... moga ibu diberikan kesempatan untuk tengok anak-anak berjaya aamiinn.

Love,

Ibu

1 comment:

  1. alhamdulillah :)
    sama2 la anak kita melangkah ke alam skola menengah.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.