Breaking

Friday, December 27, 2019

Lauk Kegemaran


Assalamualaikum! Kata orang, kalau dah jadi mak-mak ni tak boleh malas memasak atau masak ikut mood. Tapi kadang-kadang, kita masak banyak diaorang tak habis makan. Kita masak sikit tak cukup pulak. So mood nak masak pun turun naik la jugak.

Tapi kalau sekali sekala lauk 'meriah' macam ni selera tu jadi mencanak-canak naik pula ye. Semalam timbul mood rajin nak masak empat jenis lauk. Selalu satu dua jenis je. Anak-anak bertuah tu bukan semua lauk diaorang nak telan. Tapi semalam, ibu masak luar biasa dari kebiasaannya hehe.




Tak boleh nak ikutkan sangat selera budak-budak bertuah tu. Tekak Melayu mesti la nak ada pedas sikit-sikit. Ni asyik kicap-kurma-goreng-kicap-kurma-goreng. Sambal ni tak laku kat diaorang. Kalau pedas sikit, mulala muka sememeh je.

Sekarang ibu masak ikut tekak ibu ngan ayah je. Sampai bila tak nak makan pedas. Ramen tu boleh plak korang telan huh. So, semalam ibu kepingin nak makan kari ikan tenggiri bersama terung! Tapi ibu tambah lagi tiga lauk kasi mantap mengancam. Chingggg..

Kari Ikan Tenggiri

Sambal Telur Puyuh

Brokoli  Goreng

Tempe Goreng Kunyit


Entah jin mana merasukiku semalam, maka terhasillah empat jenis lauk ni hehe. Anak-anak makan kari ngan tempe goreng. Boleh la tu dari tak makan langsung. Korang tak makan lapar la. Ibu ngan ayahnya makan semua lauk hahaha. 

Alhamdulillah berselera anak-anak ngan suami makan. Menambah-nambah dua tiga kali makan. Beginilah kalau mood rajin memasak ibu datang. 



Love,

Ibu

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.