Breaking

Tuesday, December 24, 2019

Layan Movie : Ejen Ali The Movie & Frozen II


Assalamualaikum! Seperti yang ibu janji, nak bawa anak-anak bertuah ibu pergi tengok wayang cuti sekolah ni. Tapi ibu takleh janji berapa haribulan, sebab kena tunggu gaji haha. Ejen Ali The Movie keluar wayang 28hb November aritu, tapi dekat-dekat nak hujung bulan 12 ni baru berkesempatan bawa anak-anak pergi tengok.

Benda macam ni tak boleh dirancang awal, nanti tak jadi hehe. So, hari tu tetiba ajak cik abg dan anak-anak pergi MidValley tengok Ejen Ali. Apa lagi, melompat dua orang budak bertuah tu! Kekerapan diaorang tengok wayang pun hanya boleh dikira dengan jari. Kali terakhir kami pergi tengok wayang bersama ialah pada tahun 2017! Cerita kartun 'Sing' hehe.




So, malam tu kami gerak ke MidValley dan beli tiket wayang. Wayang start pukul 9.50pm! slot tu je yang ada pun untuk hari tu. Bedal aje la! Esok dah la kena keje, barai mata mama!

Mata pandang mana tuuuuu

Tunggu lampu no. '8' menyala baru boleh masuk

My anak-anak bertuah! Kakak dah pandai bergaya macam remaja. 
Adik mengikut sikit-sikit.

Dari minit kedua, cerita Ejen Ali ni penuh dengan aksi. Memang patutla mendapat pujian rakyat Malaysia. Dan memang patutla kutipannya menjangkau RM25 juta! Ibu suka dengan jalan cerita dia dan kali ni penampilan ibu Ali sangat istimewa. Nak komen lebih-lebih tak pandai, tapi memang berbaloi keluar duit tengok cerita Ejen Ali The Movie di pawagam. 



Filem kedua, Frozen II ni sebenarnya tiada dalam perancangan. Tapi yang tak dirancang tu la selalunya menjadi haha. Memula ingat nak tengok filem IP MAN 4, tapi ayahnya kata filem tu 18SG, so budak-budak takleh tengok...ganas sangat. Huh...

Kami dah sampai ke Aeon Setiawangsa, still tak tahu filem apa nak tengok. Bila dah sampai kat TGV Cinemas, tengok list yang ada dan akhirnya sepakat memilih Frozen II. Ayahnya takmo tengok, kalau kartun Malaysia nak la dia tengok. Kartun omputih boleh download online huhu.

So kami bertiga je la layan.




Walaupun cuti sekolah, pawagam tak berapa nak penuh. So memang selesa la kami bertiga, pilih tempat duduk pun tak susah dapat yang view baikkkk punya! 

Filem Frozen II ni pun best layan! Jalan ceritanya terbaik dan penuh dengan aksi. Ada sedih, gembira, adventure, dan satu rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya terbongkar. Dan dalam filem ni la kita tahu siapa ibu Elsa dan Anna yang sebenarnya. Memang menarik! Nak lagi puas sila bawa anak-anak tengok cerita ni. 

InsyaAllah puas hati! :D


Love,

Ibu

7 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah best spend masa berkualiti dengan keluarga ^_^

    ReplyDelete
  2. omg saya pun baru je update blog pasal ejen ali haha. Frozen II tak tengok, banyak sebab yg buatkan saya kurang layan Disney.

    jemput baca juga: http://willyou-readthis.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita best perlu disebarkan betul tak hehe :)

      Delete
  3. ejen ali best!
    ijat ajak gi tgk sekalil lagi, tapi aida x nak la.
    ha ha ha ha baik duit tu tgk citer lain.
    frozen II plak, asben kata tunggu kuar tv.
    pada dia, tak hot sgt. tgk tv jer lah... hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha anak-anak pun minta nak tengok lagi ejen ali sebab best sangat katanya :D

      Delete
  4. Sukala kan...

    Anak2 anti tengok ejen Ali ajer...Frozen depa x minat.. lelaki kan

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.