Breaking

Monday, December 16, 2019

Masjid Selat


Assalamualaikum! Cuti sekolah kemana tu? Kitaorang macam biasa balik kampung la. Tapi kali ni, kitaorang jalan jauh sikit tapi still dalam Melaka hehe. Cuaca di Melaka awal bulan ni sangat baik sekali, walaupun panas tapi berangin kuat. Tu yang best kalau ke tepi pantai kan.

Minggu tu kami jalan-jalan ke Masjid Selat, salah satu tempat pelancongan terkenal di Melaka. Uniknya Masjid Selat ni terletak betul-betul di tepi perairan Selat Melaka. Ramai dah tahu kan, Selat Melaka adalah jalan laluan sutera bagi perdagangan suatu masa dulu. Ia merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia!







Para pelancong yang datang ke sini bukan sahaja boleh bergambar dengan pemandangan Masjid Selat yang cantik dan indah, tapi juga mengetahui cerita dan sejarah disebaliknya. Kami juga ada nampak kumpulan pelancong dari negara luar yang berkunjung ke sini semata-mata untuk melihat sendiri Masjid Selat dan perairan Selat Melaka yang terkenal seantero dunia.

Di seberang laut sana pula, kelihatan seperti projek menambak tanah sedang dilakukan oleh kapal korek. Hmmm abah cakap, Melaka ni bukan besar mana pun sebenarnya, malah kawasan bandar Melaka tu pun adalah hasil dari tambakan tanah berpuluh-puluh tahun yang lalu. Kini Melaka semakin berkembang dan tanah sangat diperlukan untuk pembangunan.

So, kalau korang berkunjung ke Melaka singgahlah ke Masjid Selat ni. Tak jauh pun dari bandar. Gerai pun ada disediakan disini. Alang-alang melawat tu, solatlah dalam masjid sekali :).

Love,

Hanim

1 comment:

  1. hu hu hu hu pon aida lom gi :(
    anak2 dah gi.
    program skola diorang.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.