Breaking

Monday, December 23, 2019

Mee Besen Original Melaka


Assalamualaikum! Lama dah kepingin nak merasa macam mana mee besen ni sebenarnya. Walaupun namanya orang Melaka, tapi kami tak pernah dengar nama 'Mee Besen'. Aku dapat tahu pun dari mulut orang yang pernah makan disitu dan bila cari di google, rupanya memang ada. Ingatkan jauh rupo eh dokek jo ngan umah! 

Pernah sekali aku balik Melaka, hajat nak bawa mak ngan abah datang makan sini, tapi timing tak kena sebab kedai ni beroperasi bermula pukul 3.30pm, makanya kena tunda ke hari lain. So hari tu balik dari Pantai Klebang, Wannya kata moh kite gi makan mee besen nak? Oooh pucuk dicita ulam mendatang kalau bab makan ni hahaha.

Ok jom!


Tidaklah jauh mana rupanya kedai mee besen ni. Kalau dari Muar masuk ikut Taman Bunga Serindit, jalan depan sikit dah jumpa kedainya. Ada sekali tu kami datang waktu malam, tengok orang berbaris dari luar nak masuk makan disini. Alamakkk kalau kena beratur jugak kali ni memang tak dapat la nak makan mee besen ni.

Syukur time cuti sekolah ni, ingatkan ramai orang lagi tipis peluang tak dapat makan. Rupanya hari yang kami pergi tu kebetulan pelanggan tak ramai dan takda la sampai perlu beratur panjang dari luar. Bawa orang muda takpa la nak beratur. Ni bawa warga emas, takkan nak suh tunggu lama kan. 




Konsep makan kat kedai mee besen ni adalah layan diri. Pinggan, mangkuk, sudu garfu sila ambil sendiri kat rak depan kaunter. Ada empat pilihan mee yang boleh kita pilih, iaitu : meehoon, mee kuning, kuey tiow dan mee soya. Lepas tu kena pilih size 'besen'. Besen ada dari saiz S hingga XL. Besen yang kitaorang pilih ni size S, boleh makan untuk dua atau tiga orang. Kalau selera semua sama nak makan satu jenis mee, lagi senang keje :D

Ada juga menu Western, tapi kami tak pilih sebab datang sini memang khas nak makan mee besen. Tapi kami ada order satay. Sataynya sumpah sedap! Cuma tak sempat nak amik gambarnya, sebab sedap sangat licin 20 cucuk kami kerjakan! hehe. Otak-otak pun sedap. 

Mee Soya

Tekak atok ngan aku nak makan mee soya, Wan nak meehoon dan anak-anak nak kuey tiow. So, kami order setiap satu saiz S. Saiz S ni nampak je kecil ye, tapi jangan gatal nak makan sorang, memang tak terabih! Kami tak pernah dengar mee soya ni macam mana rupanya, itulah nak try makan ni. Sedap juga boleh tahan, rasa macam soto pun ada.

So, mee besen Melaka checked!


Love,

Hanim

1 comment:

  1. weekend lepas baru jer lalu area tu.
    da tak seramai dulu kala. crowd nyer mcm biasa dah.
    if not, weekdays pun mengemut org dtg.
    weekend ni mcm nak gi lah.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.