Breaking

Friday, December 13, 2019

Nak diet kena ada mood!


Assalamualaikum! Ada masa dan ketikanya aku ni tak nak 'sentuh' nasi langsung! Nak kata sedang berdiet mungkin betul juga, nak kata tidak tu pun betul juga haha. Tapi itulah, bagi aku nak diet kena ada semangat yang kental dan mood yang baik. Mood tak baik, memang tak menjadi diet aku. Tapi kebanyakan masanya memang mood tak baik, so melantak la selagi boleh! haha.

Tapiiiii kalau mood baik datang, selera nak ke nasi tu pun kurang maka lauk se-simple ini pun aku mampu ulang dua kali makan!

Hari tu mak masak sayur campur udang macam ni. Aduhhh aku kalau tengok brokoli ni memang mudah tergoda hehe. Dulu, sayur bayam merah adalah kegemaranku tapi payah nak cari kat kedai runcit rumah aku ni so bayam hijau penggantinya.

Tapi sekarangggggg, brokoli telah mengungguli carta sayur paling digemari! Campur pulak dengan bunga kobis dan lobak merah, masuk udang putih dan cili hidup! Perghhh siang tu aku ratah ni je la! :p


Bila ratah sayur je, memang terasa kekenyangannya sampai ke petang. Sebab itulah aku kata nak diet, mood kena baik selera kena cun! Tengok sayur yang kau suka makan, itu pun kira berselera jugak la kan! 

Sekarang ni aku tengok bola pun serupa tengok muka aku juga haha. Bolat! Ketara sangat pengembangan diriku ini, dari atas sampai kebawah. Hajat di hati nak pergi jogging di taman dengan anak-anak, tapi apakan daya kasut jogging belum beli haha. Natijahnya, aku asyik kena perli ngan anak-anak je hehehehe.

InsyaAllah, doakan aku dapat kasut jogging baru ye :p


Love,

Hanim

2 comments:

  1. sayur campur gitu memang sedap diratah.
    tapi kalau sayur campur aida,bukan versi sihat la.
    versi all in - garam, msg, lemak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. InshAllah kuatkan semangat, pasti boleh. Fighting! 💪

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.