Breaking

Thursday, December 19, 2019

Sarapan pagi kat Bukit Lintang


Assalamualaikum! Atok baru tunjuk satu port yang dia biasa lepak minum dengan kawan. Kalau kawan dia ajak gi minum, di kedai ni lah diaorang akan pergi. So, satu hari atok bawa ibu dulu datang sini dengan motor. Ikut jalan dalam kampung memang ibu tak pro lah. Menyelok-nyelok atok bawa. 

Tapi kalau ikut jalan besar, ibu tau la. Oohh senang je nak cari kedai dia. Arah nak gi ke Bukit lintang je. Sepanjang jalan tu ada beberapa gerai makan, tapi yang ni dekat dengan surau. Surau ape lupa dah namanya.



So, esoknya ibu bawa anak-anak pula datang bersarapan kat sini. Hajat nak beli bungkus je, tapi alang-alang dah bawa dua orang budak bertuah tu order je la makan kat sini terus hehe. Macam biasa la, sarapan pagi ada nasi lemak, mihun goreng, mee goreng, lontong dan roti canai.

Tapi kegemaran diaorang adalah roti jala! Kebetulan ada pulak roti jala pagi tu. Ibu pergi ngan atok aritu, roti jala dah habis. So, masing-masing order roti jala untuk sarapan pagi. Tak pandang dah roti canai ye hehe. 




Roti jala sini boleh tahan besarnya, hanya RM2 untuk 4 keping. Puas la diaorang makan. Elok lembut tebal roti jalanya. Cuma adik cakap, roti jala tu kalau makan ngan kuah kari Wan masak lagi sedap ma! hehe. Ye sayang, itu memang fakta! Wan awak goreng telur dadar pun sodap!



So, itulah sarapan kami tiga beranak. Sesekali bawa anak-anak gi makan kat warung kampung ni seronok juga. Tapi diaorang tengok kami macam pelik sikit, mungkin sebab kami first time datang sini hehe. Apapun, next time nak cari roti jala tau dah jalan kemana.

Love,

Ibu

3 comments:

  1. syokkkk sgt bekpes kat warung..
    roti jala tu kemain nmpk sedap!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Roti jala sangat menggoda warnanya, kuning diraja elok 😁

    ReplyDelete
  3. tak perasan warung ni.
    kerap gak lalu bkt lintang.
    tapi tu la ekk, bekfes kat warung gini lah yg uummph!
    original resepi gitew!

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.