Breaking

Saturday, December 28, 2019

Yuran Sekolah Agama


Assalamualaikum! Semalam sibuk sikit sebab ada dua urusan penting yang perlu diselesaikan. Pertama, pergi JPWP untuk urusan sekolah menengah kakak. Seawal jam 8.30am kami dah 'menapak' kat sana, dalam masa 15 minit semuanya setel.

Kedua, bayar yuran sekolah. Lepas setelkan urusan di JPWP, kami pecut ke sekolah agama Mira untuk setelkan yuran dia. Tahun depan Mira dah darjah 5, bererti kena amik UPKK. Hari ni cuma perlu bayar yuran asas seperti buku tulis dan buku aktiviti je dulu. Yuran seminar UPKK nanti akan diberitahu bila sekolah bermula.



Sampai kat sekolah dalam pukul 9 lebih, terus ke dewan. Alhamdulillah ibubapa tak ramai yang datang mungkin sebab dah bayar awal-awal. Tak sampai 15 minit urusan yuran sekolah Mira selesai. 

Tahun ni hanya Mira sorang yang pergi sekolah agama. Kakaknya dah habis, lega sikit bab bayar yuran tu. Tapi, yuran sekolah rendah dan sekolah menengah kakak belum setel lagi huhu. 




Love,

Hanim

2 comments:

  1. waalaikumussalam. yuran kafa anak2 saya dah setel. tinggal yuran sekolah pagi untuk pendaftaran hari ahad ni ja :D

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan juga yer Yuran sekolah agama.. Samalah... saya ni 3 orang anak sekolah

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.