Breaking

Thursday, January 16, 2020

Bayar Cukai Petak Secara Online (eBayaran)


Assalamualaikum! Dalam banyak-banyak bil, bil cukai tanah paling jarang kita hadap setiap bulan kan, sebab ia datang 2 kali setahun je. Tapi bermula 1 Januari 2020, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggantikan bil cukai tanah kepada cukai petak yang hanya perlu dibayar 1 kali setiap tahun. 

Bil cukai petak untuk bulan tahun 2020 telah pun sampai ke tangan pada bulan lepas lagi. Tanpa melengahkan masa, moh la kita bayar hehe.

Apa itu Cukai Petak?

Cukai Petak : Cukai yang dikenakan ke atas hakmilik strata bagi menggantikan cukai tanah

Bil cukai petak tahun 2020

Bagi pemilik rumah seperti pangsapuri atau bangunan bertingkat, cukai yang dikenakan adalah cukai petak untuk hakmilik strata. Di bil cukai petak ni ada butiran hakmilik yang akan kita gunakan untuk bayar secara online.


Nak bayar bil ni ada 3 cara :- 

  1. Bayaran secara pos
  2. Bayaran di kaunter PTGWPKL @ Pejabat Pos @ DBKL
  3. Bayaran secara online (eBayaran @ Internet Banking)
Aku suka guna cara online, sebab mudah dan boleh print resit untuk simpanan. Tapi bayaran secara online guna Maybank2u terus dan bayar di eBayaran ada beza tau. Besar beza dia! 

Ok, bil cukai petak untuk rumah abah tahun ini ialah RM15. Lebih murah, sangat murah berbanding cukai taksiran yang dikenakan setahun 2 kali, iaitu RM42 untuk 6 bulan! Setahun dah RM84! So besar sangat beza RM84 & RM15 tu ye huhu.

Bayar Cukai Petak Secara Online Melalui eBayaran


1. Ok, bayar bil cukai petak ni mengikut tempat masing-masing ye. Kalau rumah korang di luar Wilayah Persekutuan, sila pergi ke laman web Pejabat Pengarah Tanah & Galian negeri masing-masing. Aku tinggal di Kuala Lumpur, so mula-mula kita pergi ke http://www.ptgwp.gov.my/portal , 

2. Klik terus pada panel 'e-Bayaran'




3. Pilih 'Jenis Carian' hakmilik yang kita nak bayar (ID Hakmilik Strata/No. Lot/ID Hakmilik Tanah/No. Akaun. Nanti akan keluar paparan 'MAKLUMAN PENTING BUAT PEMBAYAR CUKAI PETAK'. Baca dan fahamkan jumlah bayaran yang korang kena bayar, sebab jumlah di bil tak sama dengan yang dipaparkan di ebayaran.

Sebab apa?

Sebab ada Prosedur Pengurangan (Remitan) yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk memudahkan pembayar cukai petak. Contoh, jumlah yang aku kena bayar seperti yang tertera di bil ini ialah RM15. Tapi bila nak buat ebayaran, jumlah yang perlu aku bayar sebenarnya ialah RM5 sajo! Yang lagi RM10 tu telah ditolak disebabkan oleh remitan tadi. Faham?




4. Masukkan butiran hakmilik seperti gambar di bawah. Korang boleh rujuk pada Butiran Hakmilik di bil cukai petak tu ye. Tekan 'Cari'



5.  Maklumat Hakmilik & Cukai akan dipaparkan seperti dibawah ni. Korang boleh tengok dan semak adakah segala maklumat hakmilik yang dipaparkan adalah betul atau tidak. Kemudian, lihat pada 'Jumlah Bayaran' (warna pink).

So di bil kena bayar RM15, tapi bila nak buat bayaran online ia akan potong RM10 (remitan) dan kita hanya perlu bayar RM5 jerrr.




6. Dah puas hati, tekan 'Bayar' dan pilih FPX. Dari sini, korang dah tahu kan cara bayar melalui internet banking. Macam biasa la ye. Sama je kaedahnya dengan online shopping hehe. 

Masukkan 'Maklumat Bayaran' dan pilih bank. Kalau korang bukan pemilik rumah itu, klik pada 'Tidak' dan masukkan email dan nombor telefon. 

7. Tekan 'Proceed'





8. Bila transaksi telah dibuat, maka korang akan dapat resit pembayaran dengan pengesahan 'Transaksi Anda Berjaya' seperti dibawah ini. Boleh print atau ia akan dihantar ke email korang nanti. 




Dah siap! 


So, pada yang belum bayar cukai petak boleh bayar menggunakan cara online seperti yang aku tunjukkan di atas. Semak berapa sebenarnya jumlah yang perlu kita bayar, sebab di bil takda sebut pasal Remission (pengurangan).

Tapi sebenarnya, kalau terlebih bayar pun takpa sebab nanti akan dibawa kehadapan untuk bil tahun depan. 

Maklumat Penting Tentang Bil Cukai Petak

So, ada beberapa maklumat penting yang kita kena tahu la ye. First, kena tahu la Bil Cukai Petak tu apa? Untuk siapa? Bagaimana nak bayar dan sebagainya. Selain dari itu :

  • Bil Cukai Petak hendaklah dijelaskan sebelum 1 Jun setiap tahun. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 31 Mei, DENDA LEWAT akan dikenakan sebanyak 10% daripada jumlah kena bayar, dikira genap kepada ringgit teratas
  • Bayaran Cukai petak dikenakan hanya 1 kali setiap tahun
  • Mulai 25 Jun 2019 bayaran melalui cek persendirian TIDAK DITERIMA
  • Pengemaskinian maklumat bayaran adalah secara terus jika menggunakan eBayaran (recommended)
  • Bayaran melalui Perbankan Internet, kaunter Pos Malaysia & kaunter DBKL akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.

Akhir kata, SILA BAYAR CUKAI PETAK DAN JANGAN LARI :p


Love,

Hanim

1 comment:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah sekarang dah mudah kan, bayar online ja. sangat bersyukur ^_^

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.