Breaking

Monday, January 13, 2020

Bila tekak teringin nak makan kuih tradisional


Assalamualaikum! Sejak dua menjak ni, tekak teringin benor nak makan kuih-kuih tradisional. Sabtu lepas balik dari keje, singgah kat gerai kuih berdekatan rumah tu untuk tengok-tengok kuih apa yang ada. Biasanya sarapan pagi makan roti canai atau nasi lemak, tapi pagi tu bila tengok longgokan kuih-muih tradisional seperti popia, kuih lapis, seri muka, kuih koci, penjaram terus naik selera!

Dalam banyak-banyak kuih tu, pilihan hati ialah kuih penjaram dan kuih koci. Syukurlah di zaman ni harga sebiji kuih masih lima posen huhu. Kuih penjaram tu memang kegemaran dari dulu lagi. Ada yang panggil penyaram, penjeram tapi aku panggil penjaram la. Kuih koci memang dah sebati dari zaman kanak-kanak lagi. Dapat pula yang elok lembut inti kelapanya sedang elok dan sedap.




Nampaknya misi turun berat badan tersekat sedikit gara-gara dua jenis kuih tradisional ni hehe, tapi bila tekak dah teringin layankan juga la. Lagipun kalau makan nasi lemak atau roti canai lebih kurang sama je jumlah kalori huhu.

Alhamdulillah walau macam mana sedap pun kuih-kuih moden di luar sana, kuih-muih tradisional tetap menjadi pujaan hatiku. Kalau takda yang lama, takkan ada yang baru tak gitu ;).




Orang kampung,

Hanim

2 comments:

  1. kuih koci pebret sy jgk.. sedapnyeeeee..
    lama xmkn.. nk cari kat psr la..

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.