Breaking

Monday, January 20, 2020

Guna dua produk ni je setiap hari


Assalamualaikum! Dah lama tak citer pasal skincare. Jujur aku katakan, umur dah masuk 30an baru terdetik hati nak pakai sunscreen bagai. Selama ni memang kulit muka ni tiada perlindungan bila keluar rumah. Makeup pun sangat jarang pakai dulu. Hanya pakai ketika hari raya dan kenduri kahwin saje ye. Itu pun pakai tanpa letak 'perlindungan' dulu. Lagi hitam la muka!

Pergi pejabat hanya pakai bedak biasa. Konon nak natural beauty, takmo ada bahan kimia di kulit, tapi ternyata ada kedunguan disitu ye hahaha. Biarla orang nampak kulit tu sugul tak bermaya, berminyak dan kusam, takpe asalkan natural beauty. Natural beauty hek ko! 

Sangatla cetek ilmu pengetahuanku tentang dunia penjagaan kulit ketika itu. Aku fikir kecantikan tu bila kita kenakan makeup setiap hari, which is not ME! Aku tak suka makeup setiap hari tapi aku nak kulit maintain sihat dan bermaya.

Tapi lepas tu, seseorang telah membuka mata hatiku. Seseorang itu adalah anak sulungku, Hazwani. Dia la yang paling tahu dan paling prihatin tentang kulit mukaku. Setiap kali depan cermin, dia la yang akan bagi komen dan kritik tentang apa yang aku pakai dan apa hasilnya. 

Kalau aku pakai makeup keterlaluan, copak putih sana sini dialah yang tolong ratakan dengan span hehe. Kalau dia pulak copak putih sana sini, aku pulak yang ratakan. Dari situlah kami sama-sama develop rasa suka untuk guna makeup dan skincare.

Tapi disebabkan kecintaan aku terhadap makeup sangat sederhana, maka aku fokus pada skincare je. Fokus aku nak dapatkan kulit yang sihat. Cantik itu akan datang kemudian. Disebabkan terlampau lama aku abaikan kesihatan kulit, maka nak tak nak kena mulakan balik. Dah terlambat? I dunno ... tapi better late than never!




Untuk permulaan, sunscreen pertama yang aku guna dan maintain guna sehingga kini ialah Sun Care Sunscreen Gel dari Wardah dengan SP30 PA+++. Sunscreen ni sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak, dan rasanya antara produk sunscreen yang paling murah di Watsons.

Murah, berbaloi dan sesuai! Tapi produk Wardah ni hanya dijual di Watsons terpilih je, jadi kalau tak nampak di rak tu maknanya kena cari di Watsons lain atau beli online saje.

Hazwani mula menggunakan sunscreen Wardah ni sejak di darjah enam lagi sehinggalah dah masuk Form 1 ni. Maklumla, dia aktif dengan sukan bola jaring dan sering terdedah dengan cahaya matahari. Masa di darjah lima, kulit dia berbelam dan gelap, jadi masuk darjah enam aku syorkan dia guna sunscreen setiap hari. Kebetulan kulit kami sama jenis berminyak.


SPF 30 PA+++



Sebelum beli ni pun, puas aku survey semua jenis produk sunscreen di Watsons. Kebanyakannya memang harga mahal jadi aku beli ikut kemampuan aku je hehe. Dan dari sinilah aku mengenali Wardah. Pemilihan sunscreen pun kena buat betul-betul, so kandungannya sangat memainkan peranan disamping harga mampu milik. Yang aku beli ni tiada Paraben dan dia filter UVA & UVB, ada Vitamin E sebagai antioksidan.

So, kalau kami ke Watsons aku akan terangkan pada kakak tentang pemilihan sunscreen yang sesuai, kandungan yang dibenarkan, kenapa mesti pilih PA+++ dan sebagainya. Sebab aku dulu takda ilmu dan tak nak cari ilmu pasal ni semua. Dan takda sapa nak guide aku. Dah tua-tua ni pulak baru nak sedar diri hehe.

Aku tak nak anak-anak jadi macam tu. Biar mereka didedahkan dengan ilmu skincare dari ibu mereka sendiri seawal mungkin. Biar mereka tahu kecantikan itu bukan terletak pada makeup semata-mata. Takda makna beli makeup beratus-ratus andai kulit muka masih bermasalah dan tidak dirawat.

Yang penting, penjagaan/perlindungan kulit harus dimulakan sejak awal. Jangan jadi macam aku, dah 30an baru tergedik-gedik nak guna sunscreen huhu.



Untuk bedak, kami gunakan Silky White 2-Way Powder Foundation SPF30 PA+++. First time guna, terus jatuh cinta dan repeat beli setiap kali ke Watsons. Aku pilih kod Medium-03, warna yang sesuai dengan kulit. Jadi bila pakai kat muka tu, takda bercapok-capok hehe.

Tak salah kalau nak makeup, tapi simple makeup la. Kakak la yang banyak tegur. Mama, bibir mama pucat. Mama, kulit mama berminyak. Mama, tak pakai eyeshadow ke? Eh tak kuasa mama nak pakai eyeshadow gi keje. Gincu calit sikit buat syarat bibir merah haha. Bedak guna Silky White ni je pun dah berseri-seri muka.





Harganya pun masih mampu milik. Masih murah berbanding dengan jenama yang lain di Watsons. Kiranya, kita masih boleh berbelanja dengan berhemah la hehe. Sunscreen Wardah tadi pun hanya dua belas ringgit lebih kalau tak silap. 

So untuk dua barang ni dah boleh dapat dengan harga dua puluh ringgit lebih sikit. Kira ok la untuk golongan marhaen macam aku ni. 

Untuk masalah jerawat, produk yang masih aku gunakan sehingga kini untuk nyahkan jerawat ialah dari Althea. Alhamdulillah sangat membantu merawat masalah jerawat sampai segan dah dia nak keluar hehe. Sapu pun sikit je, so boleh berjimat cermat sebab berkongsi dengan anak dara tu hehe.

So, itu jelah nak citer pasal skincare. Untuk kulit yang lebih sihat dan dilindungi.



Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.