Breaking

Wednesday, January 01, 2020

Hari Orientasi Tingkatan 1


Assalamualaikum! Dalam minggu-minggu terakhir 2019 ramai ibubapa yang sibuk menguruskan persekolahan anak terutama yang baru masuk darjah satu dan tingkatan satu.

Persiapan sekolah kakak pun hampir lengkap, yang tinggal hanyalah hadir untuk hari orientasi tingkatan satu di sekolah menengah. 





Majlis bermula pukul 9 pagi, 28 Disember. Semua ibubapa tingkatan satu berkumpul didalam dewan dan pelajar ditempatkan dalam barisan mengikut kelas masing-masing. 

Masa ni ayah tengah cari parking, maka ibu dan Mira masuk dewan dulu. Dengar segala taklimat tentang silibus, DLP dan kepentingan penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

Peneman setia ibu.

Dalam pada kita dok khusyuk dengar taklimat guru besar di depan, ada pulak hamba Allah dok sibuk berborak kuat sesama dia. Dah la dia duduk sebelah kita je, langsung tak boleh fokus apa cikgu cakap didepan. Suara cikgu kuat, dia pun bantai lagi kuat! Ishhhh gerammmmm sangat.

Bila dah tak boleh tahan, daku keluarkan headphone dari beg dan pakai depan dia. Tanda protes haha. Kau nak borak pun perlahankanlah suara tu. Orang bercakap depan, patutnya kau dengar bukan cong cei cong cei macam dalam pasar! Bila dia perasan kita buat macam tu baru dia reti senyap.

Dah habis taklimat, semua pelajar dibawa melihat kemudahan sekolah dan ibubapa masuk dalam kelas untuk isi borang dan bayar yuran.



Ibubapa diberikan tiga helai borang untuk diisi. Salah satunya adalah borang kebenaran untuk terima suntikan imunisasi HPV. Suntikan ini diberikan percuma kepada semua pelajar dan diberikan sebanyak 3 dos.

Tanpa banyak bicara, daku isi untuk kebenaran. Tiada kompromi dalam bab kesihatan ye. 



Welcome to Form 1 kakak!


Sisterhood forever!

Macam tak percaya kakak sudah melangkah ke alam sekolah menengah. Semakin panjang macam ibu! hehe. Enam tahun kakak sekolah sesi pagi tapi start tahun depan kakak sekolah petang ye. 

Moga kakak dapat manfaatkan peluang menimba ilmu di sekolah baru. 

Officially, you are an Assuntarian!

Love,

Ibu

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.