Breaking

Friday, January 03, 2020

Hari pertama sekolah dah nangis...


Assalamualaikum! Tak pernah terjadi dalam tahun-tahun sebelum ni anak-anak menangis di hari pertama persekolahan. Dari zaman tadika, hari pertama diaoranglah manusia paling ceria di hari pertama persekolahan! Tapi tahun ni tercipta sejarah buat pertama kalinya hehe.

Apa kes? siapa yang menangis?

My babies

Tahun ni kakak dah sekolah menengah, so Mira sorang-sorang kat sekolah pagi. Tapi dah masuk darjah lima, istilah menangis tu tak wujud pada dia. Risau juga, dia tu dah la 'hati tisu' huhu.

Selamat belajar my not-so-little baby

Kakak lagi la, senang nak bela anak bertuah tu. Walaupun sekolah baru, persekitaran baru tapi alhamdulillah nampak hari pertama dia boleh sesuaikan diri. Kawan baru pun dah ada.

Walaupun kakak dah tingkatan satu, tapi hari pertama ibu tetap akan datang tengok kakak. Semalam ibu ayah tunggu punya tunggu kat kantin time rehat tapi kakak tak muncul pun. Rupa-rupanya, dia baru kuar dari surau selesai solat. Alhamdulillah moga kakak istiqomah jaga solat ye.

Habis rehat. Jalan 'sesak' hehe

Beratur nak masuk kelas

Mira? Haa sekolah pagi takda masalah. Masalah dia bila pakcik transport tak datang-datang amik dia balik sekolah semalam. Sampai kul 2.30pm akhirnya dia call ayah tanya kenapa transport tak sampai. Menggelupor ibu call balik pakcik transport bagitau suh amik Mira. Kesnya pakcik transport terlupa....apooooo!

Ceria sebab excited nak beli ayam goreng. 

Ayahnya kata Mira nangis-nangis dalam telefon. Adehh anak bertuah tu dah la tak suka datang sekolah lambat huhu. 

Dipendekkan cerita, Mira tak pergi sekolah agama pada hari pertama sekolah huhu. Dia  bantai tido kat rumah pengasuh sampai kami datang. Katanya takut nak pergi sebab dah lambat. Adehh ...pasni lambat macam mana pun, masuk je sekolah. Bukan awak sengaja lambat. 

Begitulah cerita hari pertama sekolah diaorang. Ada lagi 364 hari lagi nak tempuh haha. Moga anak-anak ibu baik-baik di sekolah ye.

Love,

Ibu

1 comment:

  1. Waalaikumussalam. Adoii pakcik pun sibuk sangat ka tu sampai terlupa. Allahu 😅

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.